Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Presiden AS Donald Trump menuntut Iran membayar pampasan atas kematian dan kecederaan yang didakwanya berpunca daripada tindakan Tehran. Kenyataan itu dibuat selepas laporan bahawa Iran mahu menuntut pampasan bagi kerosakan akibat konflik dengan AS dan Israel.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuntut Iran untuk membayar pampasan atas kematian dan kecederaan yang didakwanya berpunca daripada tindakan Republik
00:09Islam itu selama beberapa dekad.
00:12Menerusi hantaran di platform Truth Social pada Isnin, Trump berkata ini susulan laporan bahawa Republik Islam itu mahu menuntut pampasan
00:19atas kerosakan yang dialami sepanjang konflik terbaru dengan Amerika Syarikat dan Israel.
00:27Menurutnya, tuntutan pampasan oleh Iran tidak pernah dibangkitkan dalam rundingan atau pertemuan antara kedua pihak.
00:34Bagaimanapun, beliau menyifatkan idea tersebut sebagai sesuatu yang menarik dan mengumumkan bahawa Washington juga akan mengemukakan tuntutan balas terhadap Tehran
00:42dalam sebarang rundingan akan datang.
00:44Trump turut merujuk kepada bangsa yang terbunuh dalam serangan terhadap kapal perang USS Cole, anggota tentera Amerika yang terkorban dalam
00:51konflik di Asia Barat dan kematian penunjuk perasaan di Iran.
00:55Menurut beliau, wakil-wakil Amerika telah diarahkan supaya memasukkan tuntutan pampasan tersebut dalam mana-mana rundingan masa depan dengan Tehran.
01:03Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata, Iran dan Amerika Syarikat ketika ini tidak terlibat dalam rundingan secara
01:10langsung bagi menambahkan konflik yang tercetus sebelum ini.
01:14Beliau menegaskan Tehran tidak akan memulakan rundingan baharu selagi Washington didakwa melanggar perjanjian sementara yang ditandatangani pada Jun lalu.
01:22Menurut Abbas, komunikasi antara kedua negara ketika ini hanya berlaku menerusi orang tengah atau saluran pengantara.
Comments

Recommended