00:00Malaysia sudah cukup matang untuk menggubal undang-undang khusus bagi memastikan perutukan pembangunan kawasan atau CDF tidak lagi dijadikan alat
00:09politik.
00:10Pengarah Institut Asia Bagi Dasar dan Libat Urus IP University of Nottingham Malaysia, Dr. Trisha Yoh berpandangan pengagihan CDF perlu
00:19dilakukan secara adil dan saksama tanpa mengira sama ada wakil rakyat berada di pihak kerajaan atau pembangkang.
00:30Menurut Trisha, amalan pengagihan CDF selama ini cenderung digunakan oleh kerajaan persekutuan mahupun negeri sebagai satu bentuk politik carrot and
00:39stick.
00:40Katanya wakil rakyat yang menyokong atau sejajar dengan kerajaan kebiasaannya menerima peruntukan, manakala wakil pembangkang tidak mempunyai akses sama.
00:52Dan itu adalah satu model yang tidak sehat, yang sepatutnya tidak digalakkan di negara Malaysia.
01:05Dan sebenarnya sudah tiba masanya supaya kita mengadakan satu akta di mana CDF itu tidak lagi mengikut politik lagi.
01:17Maksudnya tak kira sesiapa yang menjadi ahli parlimen ataupun wakil rakyat, dialah yang akan menerima dana tersebut.
01:26Tak kira parti politik mana dan tak kira ini adalah parti kerajaan ataupun parti pembangkang.
01:35Bagi Trisha, prinsip pengagihan CDF secara saksama perlu dimeterai melalui satu akta bagi memastikan pelaksanaannya tidak bergantung kepada budi bicara
01:44kerajaan semasa.
01:46Dalam jangka panjang, beliau turut mencadangkan Malaysia mempertimbangkan model yang tidak lagi menjadikan ahli parlimen sebagai perantara dalam penyaluran dana
01:55pembangunan kepada rakyat.
01:57Sebaliknya, dana berkenaan boleh disalurkan terus kepada pihak berkuasa tempatan, jabatan atau institusi berkaitan.
02:05Manakala wakil rakyat memberikan tumpuan kepada peranan utama mereka dalam penggubalan dasar dan undang-undang.
02:11Terima kasih.
02:12Terima kasih.
Comments