00:00Jabatan Imigresen Malaysia menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan logo rasmi jabatan dan lampu mata arah pada sebuah
00:07kenderaan selepas video mengenainya tular di media sosial.
00:11Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syakban berkata, suspek ditahan dalam operasi khas di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.
00:20Lelaki berkenaan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pada jam 4.30 petang pada Ahad di Platinum Hill, Kondominium Setapak,
00:28Kuala Lumpur.
00:28Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan hasil resikan susulan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan berlogo gym digunakan oleh warga asing.
00:37Hasil pemeriksaan di premis berkenaan turut membawa ke perpenahanan seorang wanita warga Indonesia yang didapati tinggal lebih masa di negara
00:44ini.
00:45Selain itu, dua pasport Indonesia yang dipercayai milik individu lain turut ditemukan dalam simpanan lelaki terbabit.
00:51Zakaria berkata, siasatan awal mendapati video tular tersebut sebenarnya dirakam pada April 2025 sebelum dimuat naik semula ke status WhatsApp
01:00oleh isteri suspek pada 7 Ogos lalu ketika berada di Indonesia.
01:05Beliau berkata lelaki warga Pakistan itu disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12-1-F Akta Pasport 1966
01:12dan Akta Imigresen 1959-1963.
01:16Manakala wanita warga Indonesia terbabit disiasat mengkong Seksyen 15-1-C Akta Imigresen 1959-1963.
01:25Susulan tangkapan itu, pasukan operasi berjaya mengesan sebuah teoter Hilux bernombor penaftaran VLH 8773 yang dipercayai digunakan dalam video tular
01:34berkenaan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
01:39Menurut Zakaria, pemilik sebenar kenderaan itu yang juga seorang warga Pakistan turut ditahan bersama 8 pekerja warga asing lain.
01:45Mereka terdiri daripada 4 lelaki warga Bangladesh, 3 lelaki Pakistan dan seorang lelaki India.
01:52Beliau berkata pemilik kenderaan itu disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959-1963,
01:58manakala 8 pekerja terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959-1963 kerana tidak memiliki
02:08dokumen perjalanan yang sah.
02:10Menurutnya, pemilik kenderaan mengaku memasang logo jim dan lampu mata arah tersebut untuk kegunaan peribadi tanpa sebarang tujuan rasmi.
02:18Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak mengetahui bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang
02:24dan mendakwa logo serta lampu berkenaan telah ditanggalkan sebelum video tersebut tular.
02:29Kesemua individu yang ditahan serta kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.
02:36Terima kasih telah menonton!
Comments