Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Hamas menegaskan komitmennya terhadap pelan damai Gaza yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan. Kumpulan itu menggesa semua pihak mematuhi perjanjian yang merangkumi gencatan senjata, pengunduran tentera Israel serta kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Transcript
00:00Sementara itu, Hamas mengulangi semula komitmennya terhadap pelaksanaan fasa kedua pelan Damai Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:09Menurut kenyataan Hamas, pergerakan itu kekal komited untuk terlibat secara bertanggungjawab dalam pelaksanaan pelan 15 perkara berkenaan serta menetapkan jadual
00:18yang jelas bagi setiap fasa pelaksanaannya.
00:23Kumpulan itu berkata keutamaan ketika ini adalah mastikan semua aspek perjanjian dilaksanakan sepenuhnya.
00:29Menurut Hamas, pelaksanaan itu perlu membawa kepada gencata sejata menyeluruh, penghentian serangan Israel, pengeluran penuh tentera Israel dari Gaza dan
00:37pembukaan semula semua lintasan sempadan.
00:41Selain itu, Hamas menegaskan kemasukan bantuan kemerusiaan, bekalan tempat pelindungan dan usaha pembinaan semula Gaza juga perlu dilaksanakan tanpa halangan.
00:49Pergerakan itu turut menuntut supaya jawatan kuasa nasional bagi pentadbiran Gaza dibenarkan memulakan tugas sebagai sebahagian daripada proses pasca konflik.
00:58Hamas pada masa sama menggesa pihak pengantara, negara penjamin dan lembaga keamanan supaya mainkan peranan lebih aktif dalam mastikan pematuhan
01:06terhadap perjanjian tersebut.
01:08Hamas turut menegaskan bahawa mereka akan terus terlibat secara positif dan bertanggungjawab dalam usaha menambahkan konflik dan mengurangkan pendudutaan penduduk
01:16Palestine di Gaza.
01:18Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan lembaga keamanan bagi
01:27Gaza.
Comments

Recommended