00:00Peminjam pinjaman pengajian Yayasan Sabah sekali lagi berpeluang menikmati insentif rebat menarik melalui pelaksanaan program Rebat Budi Madani 2026 yang
00:11akan berlangsung dari 6 hingga 26 Ogos tahun ini.
00:15Program itu adalah satu inisiatif khas bagi menghargai para peminjam yang komited dalam melaksanakan pembayaran balik pinjaman pengajian serta memupuk
00:25budaya pembayaran mampan.
00:27Melalui program itu, peminjam ditawarkan kadar rebat lebih menarik mengikut pelbagai kategori bagi menggalakkan lebih ramai peminjam menunaikan tanggungjawab membuat
00:39pembayaran balik pinjaman pengajian.
00:41Di bawah program Rebat Budi Madani 2026, tiga kategori rebat ditawarkan iaitu rebat 30% kepada peminjam yang berhasrat untuk
00:51melunaskan keseluruhan baki pinjaman mereka.
00:54Insentif ini khusus untuk peminjam kategori aktif bayar iaitu mereka yang membuat pembayaran secara konsisten.
01:02Rebat 25% pula kepada peminjam yang berhasrat untuk melunaskan keseluruhan baki pinjaman khusus untuk peminjam yang tidak termasuk dalam
01:12kategori aktif bayar.
01:14Sementara rebat 20% kepada peminjam yang membuat pembayaran secara ansuran biasa.
01:19Tahun lalu, program itu memberi impak positif dengan jumlah kutipan pinjaman pengajian tinggi iaitu RM8 juta sejak Yayasan Sabah ditubuhkan.
01:32Pemberian insentif ini juga merupakan sebahagian daripada program sosial kumpulan Yayasan Sabah untuk meringankan beban keuangan yang ditanggung peminjam.
01:42Sampai jump.
Comments