Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Usaha merapatkan jurang ekonomi bagi golongan wanita luar bandar kini sedang giat dilakukan dengan lebih banyak program latihan kemahiran dirancang.
Transcript
00:00Usaha merapatkan jurang ekonomi bagi golongan wanita luar bandar kini giat dilakukan dengan lebih banyak program latihan kemahiran dirancang.
00:08Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata advokasi mengenai program serta inisiatif kerajaan juga wajar
00:18dimaklumkan kepada umum supaya dapat dinikmati secara menyeluruh.
00:24Rina berkata menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, kerajaan terus mengenalpasti golongan sasar bagi mengikuti latihan kemahiran sebelum dibantu dengan
00:34peralatan dan sokongan bagi memulakan perniagaan.
00:37Kita dapati walaupun sudah pelbagai inisiatif yang kita laksanakan, jurang ekonomi di kalangan wanita itu sendiri sangat besar.
00:47Di Sabah, kita lihat ini isu antara isu terbesar yang kita perlu hadapi, cabaran yang perlu kita tangani.
00:54Dan disebabkan itu walaupun daripada segi konsistensi kita memberi bantuan di bawah, masih lagi banyak inisiatif ini yang tidak dapat
01:04di-reach di luar daripada bandar.
01:10Dan sebab itu banyak golongan-golongan yang di luar bandar itu ketinggalan daripada mendapatkan bantuan-bantuan sokongan sebegini.
01:16Dalam masa sama, beliau menggalakkan wanita yang sudah mencuburi bidang keusahawanan supaya bergabung dan menubuhkan persatuan atau pertubuhan berdaftar bagi
01:25memudahkan mereka mendapatkan grant serta bantuan daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
01:31Menurutnya, kerajaan negeri turut bercadang mewujudkan pusat aktiviti wanita di pantai timur Sabah bagi memperluas akses latihan, pembangunan kapasiti dan
01:40peluang ekonomi kepada wanita di kawasan berkenaan.
01:43Lebih baik mereka bergerak secara komuniti dan menubuhkan persatuan atau NGO yang boleh mereka memohon secara rasmi dalam bentuk-bentuk
01:54orang geran bantuan daripada kerajaan.
01:57Dan saya juga di peringkat dasar kerajaan negeri, saya juga cuba mencadangkan supaya kita dapat mendirikan satu pusat aktiviti pertubuhan
02:04wanita di pantai timur.
02:06Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan mesin jahit dan tamat latihan menjahit di Primiski Lab Training Tawau
02:15pada Khamis.
Comments

Recommended