00:00Politeknik Kota Belut bakal memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan.
00:04Dijangka siap pada 2030, projek dengan kos RM250 juta itu menawarkan program pengajian
00:12berteraskan teknologi tinggi dengan tumpuan khusus kepada bidang yang selaras
00:17dengan keperluan industri semasa dan masa depan di Sabah.
00:21Antaranya tenaga hijau, kecerdasan buatan AI, sains komputer dan diploma pertanian
00:27berasaskan teknologi pintar.
00:31Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata,
00:36projek berkenaan kini memasuki fasa pelaksanaan selepas proses pengambilan tanah dimuktamadkan
00:42menerusi majlis penyerahan cek pampasan pengambilan tanah yang berlangsung di Kota Belut.
00:48Penyerahan pampasan ini menandakan pembinaan politeknik telah bermula secara rasmi
00:53sebelum memasuki fasa penyediaan reka bentuk serta perancangan terperinci.
00:59Zamri berharap semua aspek untuk membangunkan politeknik ini dapat dilaksanakan
01:03dan dijangka disempurnakan pada tahun 2030 bermula Rolling Plan ketiga,
01:09Rancangan Malaysia ke-13 tahun depan.
01:12Pengambilan awal pelajar dijangka melibatkan kira-kira 500 orang
01:16sebelum kapasiti keseluruhan ditingkatkan kepada 1,000 hingga 1,500 pelajar.
01:21Jelasnya penubuhan politeknik itu adalah kesinambungan perancangan yang dimulakan sejak 2017
01:27selepas dicadangkan Ahli Parlimen Kota Belut ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
01:331,500 pelajar dijangka melibatkan kira-kira Transkare terperinci.
01:352,500 pelajar dijangka melibatkan ke dalam masa depan dah besar sejak
01:352,500 pelajar dijangka melibatkan kira-kira-kira-kira terperinci.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments