Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026 diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Transcript
00:00Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku ke-2 2026 diunjur berada pada tahap baik.
00:05Perkara itu dimaklumkan Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
00:09semasa menghadiri RHP Progress Series 2026 Kuala Lumpur pada Khamis.
00:15Pengumuman rasmi angka keluaran dalam negara kasar KDNK bagi suku ke-2 bagaimanapun hanya akan diumumkan pada 14 Ogos ini.
00:25Bank Negara Malaysia, BNM, dijadual mengumumkan data KDNK pada minggu depan
00:31yang dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai prestasi ekonomi negara sepanjang tempoh April hingga Jun 2026.
00:39Pada 17 Julai, Jabatan Perangkaan Malaysia, DOZEM, telah mengeluarkan anggaran awal KDNK bagi suku ke-2 2026
00:47yang menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8% selepas mencatat pertumbuhan 5.4% pada suku sebelumnya.
00:57Menurut DOZEM, prestasi itu disokong oleh pertumbuhan dalam hampir semua sektor ekonomi kecuali sektor pertanian yang mengalami pengucupan.
01:07Ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 5.4% pada suku pertama 2026 sekaligus mengatasi anggaran awal sebanyak 5.3%.
01:17Pertumbuhan itu telah dipacu oleh permintaan domestik yang memberangsangkan selain aktiviti pelaburan serta ekspor.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended