Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Jepun bercadang memperketat syarat pemberian status penduduk tetap kepada warga asing dengan mewajibkan tahap pendapatan, pencen dan penguasaan bahasa yang lebih tinggi. Cadangan itu dijangka dikuat kuasakan mulai April 2027 selepas proses mendapatkan maklum balas awam selesai.
Transcript
00:00Akhir sekali, Jepun merancang memperketatkan carat pemberian status penduduk tetap kepada warga asing dengan mewajibkan tahap pendapatan pencin dan penguasaan
00:09bahasa yang lebih tinggi menurut Agensi Perkhidmatan Immigration Jepun.
00:13Langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh pengurusan penduduk asing di negara berkenaan.
00:23Agensi berkenaan mencadangkan pemohon status penduduk tetap perlu mempunyai pendapatan keluarga yang melebihi perata pendapatan isu rumah di Jepun.
00:30Mereka juga dikehendaki mempunyai unjuran faidah pencin pada tahap tertentu atau menampung kekurangan itu melalui aset kewangan yang dimiliki.
00:37Carangan terbaru itu turut mewajibkan pemohon menguasai bahasa Jepun sebagai salah satu syarat untuk mendapatkan status penduduk tetap.
00:44Dalam pada itu, agensi berkenaan akan mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum peraturan baru itu dilaksanakan mulai April 2027.
00:51Ketika ini, status penduduk tetap membolehkan warga asing tinggal di Jepun tanpa had tempoh dan tanpa sekatan aktiviti sambil mengekalkan
00:59kewarganegaraan asam mereka.
01:01Jepun ketika ini berdepan penurunan populasi tempatan namun pada masa sama mencatat peningkatan jumlah penduduk asing susulan kemasukan lebih ramai
01:08pekerja luar.
01:09Setakat akhir tahun lalu, kira-kira 947,000 individu memegang status penduduk tetap di negara itu.
Comments

Recommended