00:00Baik, sudah tentu kes seperti ini akan menimbulkan semula perdebatan mengenai keselamatan jalan raya dan bagaimana aktiviti begini perlu dipantau
00:07untuk mengelakkan sebarang kemalangan ataupun insiden tidak ada ingini bergerak ke hadapan.
00:12Dan program RxZ Member 8.0 di Terengganu, Kuala Terengganu pada 30 Julai sehingga 2 Ogos lepas mencatatkan 46 nahas
00:20jalan raya termasuk 11 kematian.
00:24Peningkatan mendadak berbanding 5 kematian dan juga 2 kematian pada 2025 dan juga 2024.
00:30dan polis turut menyita 222 motosikal sepanjang tempoh acara atas sebagai kesalahan termasuk exhaust diubah suai, nombor pendaftaran tidak mengikut
00:39spesifikasi,
00:41tiada cermin sisi, tiada lesen mandu yang sah, lesen kenderaan motor atau LKM yang tamat tempoh, tiada insurans dan juga
00:49menunggang di bawah umur.
00:51Menurut Syahrim Tamrin, aktivis keselamatan jalan raya dan bekas ahli lembaga pengarah MIROS, beberapa cadangan tambah baik perlu dilakukan.
00:59antaranya cadangan pendaftaran dan kelayakan jalan atau road worthiness, bukan pemutihan yang menyeluruh.
01:07Data pihak berkuasa sendiri menunjukkan sebahagian besar motosikal yang disita bermasalah dari segi keselamatan teknikal, bukan sekadar dokumentasi.
01:15JPJ perlu membezakan dua kategori, motosikal yang secara mekanikal masih standard tetapi kehilangan geran akibat rantaian pemilikan yang panjang atau
01:24rekod lapu.
01:25Ini boleh dipertimbangkan untuk proses pemutihan pentadbiran yang dipermudahkan, tertakluk kepada pemeriksaan puspakom penuh.
01:32Motosikal yang diubah suai secara struktur, exhaust, chassis, sistem, brake sehingga tidak lagi menepati spesifikasi keselamatan asal, ini tidak sepatutnya
01:43menerima pemutihan tanpa syarat.
01:46Sebaliknya, ia perlu menjalani pemeriksaan wajib puspakom dengan pilihan sama ada dipulihkan kepada spesifikasi asal atau dibatalkan pendaftaran.
01:56Latar belakang, kebanyakan Yamaha RLZ yang masih digunakan hari ini berusia sekitar 20 hingga 35 tahun.
02:03Sebahagiannya telah melalui beberapa kali pertukaran pemilik, pemulihan, restoration atau pengubah suaian.
02:09menyebabkan terdapat kes yang menghadapi masalah dokumentasi dan juga sejarah pemilikkan.
02:14Tanpa geransah, tiada cukai jalan, tiada insurans, jika berlaku nahan seperti ini, bangsa atau keluarga tidak mempunyai perlindungan insurans yang
02:24sah.
02:25Piawayan bunyi dan pelepasan asap perlu penjelasan dan juga penguatkuasaan rasmi.
02:30Penduduk Kuala Terengganu telah mengadu bunyi bising melampau dan asap enjin dua stroke yang tebal sepanjang konvoy RLZ.
02:37Piawayan antarabangsa bagi enjin dua stroke atau two stroke, 135 cc adalah antara 85 hingga 115 decibel.
02:45JPJ mengamalkan had lebih kurang 105 decibel.
02:49Sebagai perbandingan, had UNICE untuk kategori motosikal adalah lebih rendah, 73 hingga 80 decibel.
02:56Walaupun perbandingan langsung perlu berhati-hati kerana kategori ujian atau kaedah ujian dan juga kategori kenderaan UNICE mungkin berbeza daripada
03:06piawayan JPJ di Malaysia.
03:08Justru JPJ dan Puspakuan perlu menjalankan ujian bunyi rawak semasa program sedemikian, bukan hanya sewaktu pemeriksaan tahunan.
03:15Piawayan pelepasan asap bagi enjin tuti tidak jelas didokumenkan di Malaysia untuk kenderaan lama seperti ini, seperti RLZ dan lain
03:22-lain.
03:23Jabatan Alam Sekitar diminta mengkaji semula dan mengemaskini had yang dibenarkan untuk kategori kenderaan berusia ini.
03:29Khususnya untuk acara berkumpulan besar-besaran yang memberi kesan langsung kepada kualiti udara kawasan kejiranan.
03:35Latihan Marshall dan juga konvoi selamat mulai sekarang, mula sekarang, bukan sebulan sebelum acara.
03:43PDRM dan JPJ perlu bekerjasama dengan klub dan penganjur RSZ untuk melatih Marshall serta ketua kumpulan mengenai pergerakan konvoi yang
03:50selamat.
03:51Jarak ikutan, had kelajuan kumpulan, protokol respons kecemasan, usaha ini perlu bermula sekarang.
03:57Pemandangkan penganjuran akan datang, bukan menjelang minggu-minggu terakhir sebelum acara.
04:03Nasihat Perancangan Perjalanan atau Travel Time Advisory mengadakan TTA ini
04:07seperti mana Amalan Nebuh Raya semasa musim perayaan
04:10memaklumkan peserta tentang waktu puncak, laluan alternatif, tempoh rehat atau tempat rehat yang disyurkan
04:16untuk mengurangkan tunggangan berterusan tanpa rehat.
04:20Satu punca nahas jalan raya yang telah dikenal pasti dalam beberapa kes kematian sepanjang perjalanan ke dan dari acara ini.
04:27TTA perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum acara melalui media sosial, media utama,
04:34papan tanda elektronik Lebuh Raya untuk mengagihkan masa perjalanan peserta dan mengurangkan pergerakan serentak.
04:41Kemudian kehadiran penguatkuasaan di lokasi strategik.
04:45Penguatkuasa JPJ PDRM perlu hadir di pintu masa utama Lebuh Raya dan sekitar Kuala Terengganu sepanjang tempoh acara.
04:53Tiada tolak ansur terhadap peserta tanpa lesen memandu sah atau tanpa cukai jalan.
04:57Ini perlu disokong dengan peruntukan kaki tangan yang mencukupi berhentasi semua lokasi kemasukan utama,
05:03bukan sekadar simbolik di satu atau dua lokasi.
05:07Penguatkuasaan taklah memberi keutamaan kepada kesalahan berisiko tinggi seperti tiada lesen memandu,
05:12seperti tiada insurans, tiada cukai jalan, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi,
05:16pengubah suaian yang menjejaskan keselamatan.
05:19Kemudian ketelusan data selepas acara.
05:23PDRM dan JPJ sekali lagi digalakkan menerbitkan pecahan terperinci bagi setiap nahas jalan raya dan kenderaan yang disita.
05:31Motosikal tidak berdaftar, berdaftar tetapi diubah suai dan yang mematuhi spesifikasi sepenuhnya.
05:37Data itu jika dikongsi secara telus akan menyokong perbincangan dasar yang lebih tepat untuk penganjuran yang akan datang
05:43dan mengelakkan cadangan tambah baik dibuat berasaskan anggaran semata-mata.
05:47Kemudian pelan pengurusan risiko acara, event risk management plan, penganjur, PDRM, JPJ,
05:55Kementerian Kesehatan, Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan, TBT, JAS, Jabatan Alam Sekitar dan konsensi ribuan raya juga.
06:02Perlu menyediakan pelan pengurusan risiko bagi setiap edisi RSZ members yang merangkumi unjuran jumlah peserta,
06:09laluan utama masuk dan keluar, lokasi rehat, ambulans, pusat respons kecemasan, pelan komunikasi, analisis risiko sebelum acara.
06:18Dengan tren kematian meningkat setiap tahun, pendekatan pengurusan risiko perlu menjadi sebahagian.
06:22daripada syarat kelulusan penganjuran, bukan langkah pilihan yang diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara penganjur.
06:28Kemudian audit keselamatan selepas acara.
06:31Setiap edisi RSZ members perlu disusuli oleh audit keselamatan.
06:34Melibatkan antara lain jumlah nahas jalan raya, lokasi, masa, punca, profil penunggang, faktor motosikal, keberkesanan penguatkuasaan.
06:43Laporan audit perlu ditebitkan sebelum penganjuran seterusnya.
06:48Kemudian pendekatan berperingkat, libat urus diikuti dengan penguatkuasaan tegas.
06:54Bukan untuk menghukum semata-mata, tapi libat urus untuk menggalakkan dialog dan juga semua perspektif diambil kira
07:00supaya semua point of view ataupun pandangan, semua aspek diambil kira untuk memastikan tiada lagi insiden tidak diingini.
07:10Tren kematian meningkat daripada 2024, 2 kemudian 2025, 5 tahun ini 11 menunjukkan pendekatan sedia ada.
07:17Belum memarai.
07:18Fokus tidak hanya tertumpu pada penindakan penguatkuasaan selepas nahas, tapi pengurusan risiko secara meluruh, menyeluruh sebelum, semasa dan selepas acara.
07:29Jangan biarkan acara sebegini yang mengikut sebagian besarnya undang-undang akan berakhir dengan nahas.
07:36Mereka ada hak untuk mengadakan acara selagi ia memenuhi ataupun mengikuti undang-undang.
07:42Tetapi banyak perkara yang beritambah baik untuk memastikan keseronokan tidak berakhir dengan penderitaan.
Comments