Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
PBB memberi amaran bahawa Gaza masih tidak selamat untuk penduduk awam selepas seorang pelajar Tahun Enam cedera ditembak ketika berada dalam bilik darjah sementara. PBB turut melaporkan kemusnahan rumah dan sekolah di Beit Lahiya.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa Gaza masih tidak selamat untuk penduduk awam apabila serangan dan insiden tembakan
00:09terus berlaku di wilayah itu.
00:12Timbalan Jurucakap PBB Farhan Hak berkata, seorang pelajar tahun 6 di Gaza City dimasukkan ke hospital selepas terkena tembakan ketika
00:21berada dalam sebuah bilik darjah sementara yang dibina menggunakan kemah.
00:28Menurut beliau, kejadian itu menggambarkan risiko berterusan yang dihadapi kanak-kanak walaupun ketika mengikuti sesi pembelajaran.
00:35Dalam perkembangan berkaitan, Hak berkata tentera Israel turut dilaporkan memusnahkan beberapa rumah serta sekolah terakhir yang masih beroperasi dalam sebuah
00:44kompleks yang mengandungi empat sekolah di Beth Lahia, Utara Gaza.
00:48Beliau berkata pasukan tentera sebelum ini turut memusnahkan kemah yang menjadi tempat perlindungan kepada kira-kira 12 keluarga di kawasan
00:56sekolah berkenaan.
00:57Selain itu, blok kongkrit turut ditempatkan berhampiran lokasi tersebut sekaligus memperluas kawasan yang tertakluk kepada sekatan akses oleh pihak tentera
01:05Israel.
01:06Beliau turut menegaskan bahawa ruang pembelajaran perlu kekal selamat bagi membolehkan pelajar dan guru meneruskan proses pendidikan tanpa ancaman keganasan.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended