Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi menghadapi pertuduhan berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Transcript
00:00Dr. Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa pada Jumaat di Mahkamah Stesen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
00:08Malaysia SPRM.
00:10Perkara itu disahkan peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu Raghunath Kisavan ketika dihubungi bernama.
00:18Pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Beru itu dijangka dibacakan di harapan Hakim Suzana Husin pukul 9 pagi.
00:25Kes yang membabitkan Ismail Sabri dipercayai berkaitan siasatan terhadap pengisytiharan harta yang dikemukakan beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
00:36Sebelum ini bekas Perdana Menteri itu beberapa kali hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung
00:45pengisytiharan harta berkenaan.
00:47Dalam perkembangan sama, SPRM sebelum ini merampas wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta serta menyita
00:5516 kilogram jongkong emas tulin yang dianggarkan bernilai RM7 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang
01:04haram.
01:05Rampasan dan sitaan itu dilakukan hasil serbuan di beberapa premis termasuk kediaman serta pejabat yang dipercayai digunakan sebagai rumah selamat.
01:15Susulat siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Comments

Recommended