00:30Agar setiap dasar, perancangan dan keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan rakyat.
00:39Justru, setiap tindakan dan pertimbangan hendaklah sentiasa berpaksikan kebajikan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.
00:50Dan, kesetiaan dan komitmen kamu hendaklah sentiasa diutamakan kepada negeri dan rakyat yang diwakili,
01:01mengatasi sebarang kepentingan politik dan kepentingan peribadi.
01:08Negeri ini memerlukan barisan pemimpin yang memiliki integriti yang tinggi, menjunjung maruah serta berpegang teguh kepada prinsip dan nilai-nilai
01:21murni.
01:21Beta dengan sukacita melantik yang berhormat Ismail bin Nasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
01:30Beta menaruh kepercayaan kepada beliau untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan jujur.
01:38Beta berpesan agar kecelerangan yang telah ditunjukkan kepada penggal yang lalu,
01:44diteruskan dan diperbaiki sekiranya ada terdapat sebarang kelemahan.
01:51Beta juga ingin mengingatkan Menteri Besar dan semua ahli Dewan Undangan Negeri
01:56untuk sentiasa menghormati dan taat setia kepada institusi deraja
02:03serta melindungi dan memelihara Kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan
02:08di samping mengiktiraf kuasa yang terletak kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
02:15Beta percaya bahawa dengan menjunjung nilai hormat menghormati, toleransi dan semangat muafakat,
02:23kita akan dapat memperkokoh perpaduan, memelihara keharmonian
02:28serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
02:36Inilah asas penting yang akan memastikan Negeri Sembilan terus kekal aman,
02:42makmur dan sejahtera untuk dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.
02:51Sekian babilahi taufiq wal hidayah.
02:53Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
02:57Menjunjung kasih, Tuan Kung.
03:05Terima kasih telah menonton!
Comments