00:00Baik, sebanyak 92 laporan polis diserima dengan 24 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri, negeri sembilan.
00:08Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata daripada jumlah itu, kebanyakan kesalahan yang dilaporkan membabitkan kes yang berskala
00:15kecil yang dilakukan oleh penyokong maupun ahli parti
00:19selain 4 laporan berkaitan dakwaan pemberian wang kepada pengundi yang kini masih berada dalam siasatan untuk tindakan lanjut.
00:28Menurutnya, kesalahan yang dilaporkan adalah kesalahan kecil, seperti kianat merosakkan banner, bendera dan poster parti yang bertanding.
00:37Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau lokasi proses pengundian di Sekolah Meningah Kebangsaan King George V di Seremban.
00:45Mengelah selanjut, Ketua Polis Negara berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Hasutan 1948
00:53serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:58Sementara itu, katanya seramai 5,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi menjamin keselamatan sepanjang hari pengundian, termasuk pasca pilihan
01:06raya berkenaan.
01:07Beliau berkata, sebanyak 26 kawasan hotspot yang dikenal pasti berisiko berlakunya kekecohan turut diberi tumpuan khas,
01:15manakala dua pasukan khas yang dilengkapi kamera badan ditempatkan di setiap dun bagi memantau keadaan secara berterusan.
Comments