Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar menghargai kebebasan, keamanan dan kemakmuran negara yang dicapai hasil pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan tanah air.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan generasi kini supaya menghayati bahawa kebebasan, keamanan dan kemakmuran negara dicapai hasil pengorbanan
00:10pasukan keselamatan mempertahankan tanah air.
00:13Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia ATM yang membawakan kembali kisah darah pahlawan ulu legung pada istiadat perbarisan
00:22semena sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara pada Jumaat.
00:27Tegasnya, generasi kini wajar ingat bahawa Malaysia negara bebas, merdeka, aman dan makmur kerana perkhidmatan dan pengorbanan pasukan pertahanan.
00:37Persembahan pentonim darah pahlawan ulu legung itu mengangkat kembali kisah pengorbanan tujuh anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas
00:47komunis di ulu legung di Baling Kedah pada 29 Oktober 1981.
00:51Sementara itu, Anwar berkata persembahan pentonim berkenaan mengingatkan generasi muda mengenai erti kemerdekaan negara yang menuntut pengorbanan daripada semua pasukan
01:02pertahanan.
01:02Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended