00:00Kerajaan Negeri Sabah sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk memperkukuh pendidikan konservasi, penyelidikan dan kesedaran awam mengenai kazanah biodiversiti
00:11Malaysia menerusi keistimewaan monyet Belanda atau berbaskis monkey.
00:14Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Dato' Jeffrey Arifin berkata, hasrat itu yang disuarakan Exko Pelancongan Warisan Seni dan
00:24Budaya Melaka Dato' Abdul Razak Abdul Rahman adalah satu pengiktirafan terhadap kekayaan biodiversiti Sabah yang menjadi antara aset semula jadi
00:33paling bernilai di Malaysia.
00:36Menurutnya, monyet Belanda bukan sekadar ikon pelancongan Sabah, malah merupakan spesies endemik Pulau Borneo yang mempunyai nilai konservasi tinggi serta
00:46menjadi lambang kenyunikan ekosistem hutan paya bakau dan hutan riparian di negeri itu.
00:51Katanya, sebarang cadangan melibatkan pemindahan atau penempatan spesies hidupan liar di luar habitat asalnya perlu melalui penelitian mendalam dan tidak
01:01boleh dilihat hanya dari sudut tarikan pelancongan semata-mata.
01:05Perkara itu perlu dinilai secara menyeluruh berdasarkan bukti saintifik, aspek kebajikan haiwan, kesesuaian habitat, kesihatan veterinal, kepelbagaian genetik, pengurusan populasi
01:18serta pematuhan kepada semua peruntukan undang-undang dan piawayan konservasi di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
01:26Jafri berkata jika semua syarat teknikal, saintifik dan perundangan dapat dipenuhi, kerjasama sedemikian berpotensi menjadi platform bagi memperkukuhkan pendidikan konservasi.
01:38Selain memperluaskan pendidikan saintifik serta meningkatkan kesederaan masyarakat mengenai kepentingan memelihara spesies endemik Borneo.
01:47Beliau berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama pakar konservasi, institusi pendidikan dan agensi berkaitan perlu memainkan peranan utama
01:56dalam membuat penilaian sekiranya cadangan itu ingin dipertimbangkan pada masa depan.
Comments