Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hamas menegaskan pelucutan senjata hanya akan dilaksanakan selepas pengunduran tentera Israel dari Gaza serta kemajuan usaha pembinaan semula wilayah berkenaan.
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan Hamas pada Jumaat berkata kumpulan Palestine itu tidak akan mengambil sebarang langkah ke arah pelucutan cijata sebelum
00:07tentera Israel berundur dari Semenanjung Gaza.
00:10Anggota delegasi rundingan Hamas, Ghazi Hamad berkata isu pelucutan cijata berkait rapat dengan pengunduran Israel dari Gaza dan usaha pembinaan
00:18semula wilayah itu.
00:22Dalam kenyataan kepada saluran Al-Jazeera yang berpengkalan di Qatar, Ghazi berkata Israel tidak akan memainkan sebarang peranan dalam proses
00:29pelucutan senjata sebaliknya proses itu akan dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa kebangsaan Palestine.
00:35Beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan melaksanakan sebarang langkah pelucutan senjata selagi Israel belum memenuhi terlebih dahulu kewajipannya di bawah
00:43persetujuan berkenaan.
00:45Ghazi menyifatkan rundingan itu sebagai sukar dan mencabar sambil berkata Hamas berusaha mendapatkan hasil terbaik tanpa mengabaikan komitmennya untuk mempertahankan
00:54hak rakyat Palestine.
00:56Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Qatar dan Turki atas usaha pengantaraan mereka sehingga persetujuan itu berjaya dicapai.
01:04Kenyataan Ghazi dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai bagi pelucutan senjata sepenuhnya Hamas dan
01:12kumpulan bersenjata lain di Gaza
01:14manakala tentera Israel akan berundur secara berfasa seiring kemajuan proses berkenaan.
Comments

Recommended