"Kenapa kena masak? Kenapa kena goreng ayam? Kenapa ALLAH tak izinkan aku jadi penyanyi waktu itu? Pernah tak kita persoalkan perjalanan hidup sendiri bila rasa apa yang kita buat jauh dari cita-cita? Cerita penyanyi dan usahawan, Mila Jirin ini betul-betul menyentuh hati. Kadang-kadang kita terpaksa ketepikan minat sendiri demi tanggungjawab pada keluarga. Dari dunia perniagaan, mengurus dapur dan keluarga, kini Mila kembali menyarung semula impian yang pernah disimpan menerusi single terbaharu 'Tersimpan Dalam Hati'. Sebuah perjalanan yang mengajar erti sabar, usaha dan percaya pada aturan Tuhan.
Comments