00:00Pilihan raya negeri bagi negeri 9 yang ke-16 ini adalah medan demokrasi untuk rakyat memilih masa depan negeri.
00:08Ia bukan gelanggang untuk menyemai kebencian, memainkan sentimen perkawaman, agama atau menyentuh institusi diraja.
00:183-3 perkara ini bersifat 3A.
00:20Atau menyebarkan fitnah demi meraih undi.
00:26Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
00:27Setiap warna negara yang layak mempunyai hak untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya.
00:35Justru, parti-parti yang bertanding sepatutnya bersaing dengan idea, dasar, rekod pencapaian dan penyelesaian kepada permasalahan rakyat.
00:47Bukan menggunakan politik kebencian atau politik yang memisah-misahkan.
00:54Malangnya, sepanjang kempen ini, kita masih melihat cubaan oleh sesetengah pihak untuk mainkan sentimen perkawaman yang sempit dan menyebarkan fitnah
01:07untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,
01:12iaitu kos sehari hidup dan isu-isu ekonomi.
01:16Rakyat Negeri Sembilan tidak inginkan politik yang memecahbelahkan masyarakat.
01:22Rakyat mahu jawapan.
01:25Bagaimana lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi boleh diwujudkan?
01:32Bagaimana anak muda mampu memiliki rumah sendiri?
01:35Bagaimana kos sehari hidup dapat direngankan?
01:39Bagaimana ekonomi negeri boleh terus berkembang dan manfaatnya sampai kepada semua?
01:46Inilah persoalan yang sepatutnya dijawab oleh semua parti yang bertanding.
01:51Namun, hakikatnya, politik berteraskan kebencian, ketakutan dan yang cuba memecahbelahkan masyarakat, tidak membuka peluang pekerjaan.
02:08Politik perkawaman tidak menurunkan harga barang.
02:11Fitnah tidak membina rumah mampu milik.
02:14Hasutan tidak membawa masuk pelaburan-pelaburan yang baru.
02:18Pakatan Harapan menyeru supaya semua parti politik menghormati undang-undang pilihan raya dan memastikan kempen yang berbaki mungkin kurang enam
02:32hari lagi,
02:34berlangsung secara matang, berhemah dan berasaskan fakta.
02:39Bertandinglah dengan dasar, bertandinglah dengan rekod dan prestasi.
02:44Bawalah cadangan-cadangan dan penyelesaian.
02:47Jangan bertanding atas dasar kebencian yang cuba memecahbelahkan ataupun menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat.
02:57Negeri Sembilan selama ini dikenali sebagai negeri yang aman harmoni.
03:00Jangan rosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama semata-mata kerana kepentingan politik sempit.
03:08Pada 1 Ogos, rakyat akan buat pilihan yang amat besar.
03:13Pilihan antara politik yang menyatukan rakyat atau politik yang memecahbelahkan kita.
03:19Pilihan antara fakta atau fitnah.
03:24Antara kepimpinan yang bekerja atau politik yang hanya mencipta persepsi kebencian.
03:31Terima kasih telah menonton!
Comments