00:00Penganalisis berpandangan tindakan bersatu bertanding di 24 kerusi pada PRN Negeri 9 berpotensi memecahkan undi Melayu di beberapa kawasan marginal,
00:10sekaligus memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.
00:14Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata bersatu mahu membuktikan ia masih relevan selepas berpisah dengan PAS, namun berkemungkinan
00:24lebih berperanan sebagai pemecah undi berbanding memenangi kerusi.
00:30Seorang lagi penganalisis UM Taufik Yaakob berkata pertembungan antara bersatu dan PAS boleh memecahkan undi penyokong Perikatan Nasional, sekaligus membuka
00:39laluan kepada PH di beberapa kerusi marginal.
00:43Menurut Awang Azman, keadaan itu juga boleh menjejaskan barisan nasional kerana bersatu berpotensi menarik sebahagian pengundi Melayu yang kecewa dengan
00:52kerjasama BN dan PAS.
00:55Bagaimanapun, kedua-dua penganalisis berkata kelebihan itu bergantung kepada corak pengundian termasuk kadar keluar mengundi serta sama ada penyokong BN
01:04dan PN mengundi secara strategik.
Comments