Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City, ketika ketegangan terus meningkat walaupun perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas masih berkuat kuasa.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 9 rakyat Palestine termasuk 3 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City pada Sabtu.
00:07Menurut pengarah Hospital Shifa, Muhammad Abu Salmiah, serangan ke atas sebuah pangsapuri di kawasan Nasar
00:14mengorbankan sekurang-kurangnya 5 orang termasuk 3 kanak-kanak yang berusia antara 8 hingga 18 tahun.
00:23Beliau berkata 6 lagi individu cedera dalam serangan itu termasuk 4 kanak-kanak berusia antara 8 hingga 16 tahun.
00:30Tentera Israel mendakwa serangan tersebut menyasarkan infrastruktur Hamas selepas mengesan kehadiran anggota kumpulan berkenaan di kawasan itu
00:37namun tidak memberikan buktiran lanjut.
00:40Dalam serangan berasingan di kawasan Zaitun, 4 lagi rakyat Palestine terbunuh manakala seorang lagi cedera parah
00:46selepas serangan menyasarkan sekumpulan individu.
00:49Tentera Israel berkata operasi itu menyasarkan seorang anggota Hamas dan pihaknya sedang menilai hasil serangan berkenaan.
00:56Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 1,127 rakyat Palestine termasuk 260 kanak-kanak terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
01:07Dalam tempoh yang sama, 5 anggota Tentera Israel dilaporkan maut.
Comments

Recommended