00:00Adun Tebing Tinggi Aziz Bari daripada DAP memberi amaran terhadap pindaan terbaru Perlembagaan Johor dan Melaka
00:07yang memberi laluan kepada pelantikan adun dalam dun masing-masing.
00:11Aziz berkata perkembangan itu pelik dalam dunia modern dan sepatutnya menjadi sebahagian sejarah dalam abad ke-20
00:18sambil menegaskan adun sepatutnya dipilih secara demokratik, bukannya dilantik.
00:24Awal minggu ini, Bakatan Harapan Melaka memutuskan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Pimpinan Barisan Nasional
00:30selepas pindaan Perlembagaan diluluskan bagi membolehkan pelantikan sehingga tujuh adun.
00:37Dun Johor turut meluluskan pindaan sama bulan lalu yang ketika itu mencetuskan bantahan daripada adun PH di negeri itu.
00:44Sebelum ini, hanya Sabah, Terengganu dan Pahang mempunyai undang-undang yang membenarkan pelantikan sedemikian.
00:54Terima kasih telah menonton!
Comments