00:00President MCA, Wee Ka Siong, menegaskan kerjasama strategik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan
00:07tidak bermaksud kedua-duanya bergabung atau mengorbankan prinsip politik masing-masing.
00:13Katanya, persefahaman dibuat bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang boleh memecahkan undi
00:19sekaligus meningkatkan peluang membentuk kerajaan negeri yang stabil.
00:24Menurut Wee, penyertaan MCA dalam kerjasama itu bertujuan memastikan orang Cina serta masyarakat majmuk,
00:30pelbagai kaum, pendidikan vernacular dan kebebasan beragama terus mempunyai wakil serta suara dalam kerajaan.
00:38Beliau turut menegaskan MCA tidak akan memberi sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pihak.
00:43Terdahulu Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama PN dan BN lebih daripada berkahwin,
00:49namun tidak enggan gopoh dalam menentukan kerjasama rasmi antara dua gagasan itu.
00:54Fatin Saida Tunisa, FNT
Comments