00:00Dua kapal tangki minyak meletup selepas melanggar periuk api di Selat Hormuz pada Sabtu ketika Amerika Syarikat dan Iran terus
00:08melancarkan serangan drone serta peluru berpandu.
00:12Pengawal Revolusi Iran IRGC dalam satu kenyataan menyebut kedua-dua kapal itu cuba melalui kawasan periuk api di selatan Selat
00:20Hormuz akibat helah agensi perisikan Amerika Syarikat sebelum meletup dan terbakar.
00:26Bagaimanapun identiti kedua-dua kapal tangki itu tidak didedahkan, IRGC turut memaklumkan melalui televisyen negara pihak yang berjaya menahan empat
00:34kapal yang cuba melalui laluan perairan strategik berkenaan.
00:38Perkembangan itu menyusul ketika mana tentera Amerika Syarikat mengesahkan mereka melancarkan serangan ke atas Iran untuk malam ketujuh berturut-turut
00:46dengan menyatakan operasi berkenaan bertujuan melemahkan keupayaan ketenteraan Iran.
00:50Iran pula menuduh tentera Amerika menyasarkan infrastruktur awam termasuk sebuah lapangan terbang, stesen kereta api dan dua jambatan selain mendakwa
00:59telah menyerang aset Amerika di seluruh rantau berkenaan.
Comments