00:00Pemimpin Houthi Yaman, Abdul Malik Al-Houthi memberi amaran akan menyerang kemudahan minyak dan infrastruktur strategik midi Arab Saudi jika
00:07negara itu meningkatkan penglibatannya dalam konflik di Yaman.
00:10Ancaman tersebut dikeluarkan selepas kumpulan itu melancarkan serangan berluru berpandu ke atas Arab Saudi sambil menuduh pentadbiran Riyadh mengebom sebuah
00:19lapangan terbang yang berada dalam kawalan mereka pada Isnin lalu.
00:23Dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, Abdul Malik Al-Houthi menegaskan semua kemudahan minyak dan infrastruktur penting Arab Saudi akan
00:32menjadi sasaran peluru berpandu dan drone Houthi sekiranya Riyadh terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan besar-besaran terhadap Yaman.
00:41Tindakan tersebut dilihat bakal memburukkan lagi hayat genjatan senjata yang telah berlangsung selama empat tahun antara kedua-dua pihak.
00:50Kumpulan Houthi yang disokong Iran sebelum ini pernah menyasarkan infrastruktur tenaga Arab Saudi.
00:56Pada 2019, mereka mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi yang menyebabkan lebih separuh pengeluaran
01:06minyak mentah negara itu terjejas buat sementara waktu.
01:09Anakala pada 2022, Houthi sekali lagi menyerang kemudahan tenaga Arab Saudi.
Comments