00:00Hampir sebulan bergelar ibu, penyanyi Amira Othman akhirnya berkongsi perkembangan anak sulungnya, Muhammad Jarir Umar.
00:10Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Amira berkongsi telah selesai melakukan tahnik buat Jarir pada hari ketujuh kelahiran.
00:20Menerusi laman sosial, Amira turut berkongsi perjalanan penyusuan Jarir.
00:26Menyifatkan ia sebagai rezeki anak mami, dia sempat berseluruh, si kecil itu makin berisi.
00:34Malah leher dan dagunya pun dah mula berlapis-lapis.
00:38Walaupun mengakui fasa awal ini mencabar, Amira tetap cekal demi permata hatinya.
00:46Dia juga sempat memuji dan berterima kasih kepada suaminya, Fatah Amin, serta barisan pembantu berpantang yang banyak memudahkan urusannya sepanjang
00:57tempoh berpantang ini.
00:59Perkongsian penuh kebahagiaan itu turut meraih perhatian rakan selebriti, termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza yang sempat meninggalkan komen,
01:09mengimbau semula kenangan bahawa fasa berpantang adalah momen yang paling beliau sukai.
01:16Rata-rata peminat juga mendoakan agar Jarir membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati kedua-dua orang tuanya.
01:24Terima kasih telah menonton!