Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang pelajar tingkatan satu di Alor Gajah bertindak mengejar rakannya dengan pisau pemotong kertas selepas dipercayai dibaling ais beberapa kali. Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat polis.
Transcript
00:00Seorang pelajar tingkatan 1 bertindak mengejar dua rakannya sambil memegang pisau pemotong kertas selepas dipercayai berang kerana dibaling ais beberapa
00:09kali di sebuah sekolah menengah di Alur Gajah.
00:12Dalam insiden jam 3 petang itu, pelajar tingkatan 1 berkenaan dipercayai mengejar rakannya dari Dewan Sekolah hingga ke kawasan berhampiran
00:19surau sebelum berjaya ditenangkan guru dan pengawas yang mengepong serta merampas senjata terbabit.
00:28Ketua Polis Daerah Alur Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.50
00:36petang ketika program penghargaan kehadiran murid sedang berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Berkenaan.
00:43Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan buli apabila dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun didakwa berulang kali
00:52membaling ais ke arah suspek yang juga pelajar tingkatan 1.
00:57Suspek kemudian mengeluarkan sebilap pisau pemotong kertas yang disimpan di dalam bekas pensel sebelum mengejar salah seorang mangsa sejauh kira
01:05-kira 50 meter hingga ke kawasan surau sekolah.
01:08Bagaimanapun, tindakan pantas seorang guru yang berjaya memujuk suspek melepaskan pisau berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk dan tiada sebarang kecederaan
01:17dilaporkan membabitkan pelajar mahupun guru.
01:21Keluarga suspek turut dipanggil ke sekolah sebelum membawa pelajar itu pulang dan siasatan turut mendapati semua pelajar yang terlibat mempunyai
01:29rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini.
01:32Tambah Ahmad, suspek juga dilaporkan sedang menerima rawatan di Jabatan Sakitari dan Kesihatan Mental Hospital Melaka dengan sesi rawatan terakhir
01:41direkodkan pada 3 Jun lalu.
01:44Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh seorang guru di Balai Polis Durantunggal pada malam Khamis.
01:50Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Comments

Recommended