00:00Kempen pilihan raya negeri Johor ke-16 bakal melabuhkan tiranya malam ini selepas dua minggu calon dan parti politik berkempen
00:07di seluruh negeri.
00:09Menjelang hari pengundian esok, apakah isu yang paling dekat di hati pengundi?
00:13Kita terus bersama wartawan S. Rokwani, Yasmin Natasha di Muar.
00:18Baik, terima kasih rakas tugas saya yang berada di studio. Saya masih berada di Muar untuk bawa kekembangan semasa untuk
00:25Johor memilih.
00:26Dan hari ini merupakan hari terakhir tempoh berkempen sebelum rakyat Johor keluar mengundi esok bagi menentukan kerajaan negeri yang akan
00:34menerajui Johor untuk tempoh lima tahun akan datang.
00:37Dan sepanjang tempoh saya membuat liputan di sekitar Muar, jelas dapat dilihat bahawa walaupun pentas kempen dipenuhi pelbagai manifesto dan
00:46janji pengundi sebenarnya,
00:48lebih memberi perhatian kepada isu yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan harian mereka.
00:54Antara isu yang paling kerap dibangkitkan ialah di Don Bukit Kepung, di mana penduduk di sini berharap kerajaan bakal dibentuk
01:01dapat memberi perhatian kepada ekspek kesihatan,
01:04khususnya keperluan meningkatkan kemudahan hospital dan klinik selain menyelesaikan masalah bekalan serta kualiti air yang masih menjadi rumutan sebahagian penduduk.
01:14Di kawasan Parik Jawa pula, komuniti nelayan mahu penyelesaian terhadap isu pendapatan yang semakin terjejas.
01:20Mereka mengharapkan bantuan yang lebih menyeluruh dapat diberikan termasuk usaha meningkatkan hasil tangkapan,
01:27mestabilkan kos operasi serta membuka lebih banyak peluang untuk menjamin kelangsungan hidup nelayan.
01:34Sementara itu di Don Bukit Pasir, isu pemilikan rumah menjadi antara tuntutan utama.
01:40Ramai penduduk khususnya golongan muda dan keluarga yang mahu berumah tangga berharap lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina
01:47kerana harga rumah ketika ini disifatkan semakin sukar dicapai.
01:51Dan bagi penduduk di MUA pula, antara harapan utama mereka ialah lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan baik
01:58diwujudkan bagi memastikan golongan muda tidak perlu berhijrah ke negeri lain untuk membina kerjaya.
02:04Dalam masa yang sama, hari-hari terakhir kampen turut menyaksikan kehadiran pemimpin-pemimpin utama parti politik
02:10yang turun membantu calon masing-masing.
02:13Dan untuk makluman, pada semalam Perdana Menteri iaitu merangkap pengurusi Pakatan Harapan,
02:19Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan jelajah kempen di MUA dengan memberi penekanan kepada beberapa isu
02:25termasuk penyelesaian berkaitan UEC, usaha menolak politik perkawunman,
02:30serta komitmen kerajaan meneruskan inisiatif perumahan madani.
02:34Di pihak lain, pemimpin daripada Barisan Neosional dan Perikatan Nasional
02:40juga tidak ketinggalan mengadakan siri ceramah serta pertemuan bersama pengundi
02:44dan usaha meraih sokongan pada saat-saat akhir sebelum tempoh berkempen berakhir pada malam ini.
02:50Kini, segala janji, manifesto dan kempen sudah hampir ke penghujungnya.
02:56Tumpuan sepenuhnya beralih kepada rakyat Johor yang akan membuat pilihan mereka di Peti Undi esok.
03:01Dan pada waktu esok, pusat-pusat mengundi akan dibuka seawal jam 8 pagi
03:06dan pengundi juga dinasihatkan untuk keluar lebih awal membawa kad pengenalan masing-masing
03:11serta menyemak lokasi pusat mengundi masing-masing bagi melancarkan proses pengundian.
03:17Apa jua pilihan yang dibuat, undi esok bakal menentukan hala tujuh petadbiran Johor untuk 5 tahun akan datang.
Comments