- 8 hours ago
Inflasi kesihatan Malaysia meningkat kepada 3.0 peratus pada 2025, dipacu oleh kenaikan kos perkhidmatan kesihatan dan premium insurans. Apakah faktor sebenar di sebalik peningkatan ini, siapakah yang paling terkesan, dan adakah Malaysia perlu mempercepat reformasi pembiayaan kesihatan bagi memastikan rawatan kekal mampu milik? Kupasan bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Intro
00:09Assalamualaikum, anda bersama saya Khair Hafiz dan ini Pantau Belanjawan
00:13dan hari ini kita ingin bercakap satu perkara apa yang telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Perangkat Malaysia Dozum baru-baru ini
00:18berkenaan dengan laporan inflasi kesehatan Malaysia yang meningkat kepada 30% pada tahun 2025
00:25kalau kita melihat kepada data yang telahpun dikeluarkan oleh Dozum
00:28banyak perkara dan juga data yang perlu kita lihat satu persatu bagaimana kita ingin menerjemahkan
00:33dan juga memahami data yang telahpun dikeluarkan oleh Dozum berkenaan dengan laporan inflasi kesehatan
00:38dan kalau kita lihat hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya
00:42peningkatan yang memimbangkan dan sudah tentu kenaikan ini bukan sekadar didorong oleh harga, ubat atau kos rawatan semata-mata
00:50tetapi kalau kita melihat kepada detailnya laporan ini termasuklah premium insuran kesehatan
00:56yang turut meningkat kepada 90% dalam tempoh setahun
01:00dan apa yang kita dapat lihat dan persoalan yang muncul dan terbit daripada laporan yang telahpun dikeluarkan ini
01:06adakah sebenarnya kita sedang menyaksikan perubahan besar terhadap kos perubatan dan juga penjagaan kesihatan dalam negara
01:13itu satu perkara dan sudah bersedia dalam talian pada waktu ini
01:16untuk kita bercakap berkenaan dengan isu dan juga perkara berkenaan dengan laporan inflasi kesehatan ini
01:21bersama saya adalah Prof. Emeritus Datuk Dr. Syed Muhammad Al-Junid
01:25Syed Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU Universiti
01:28Assalamualaikum Prof
01:29Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh Hafiz
01:31Baik, terima kasih Prof
01:33Ya, baik, terima kasih dalam waktu ini untuk kita bincangkan berkenaan dengan laporan inflasi kesehatan
01:38yang saya bacakan setelah tadi bahawa meningkat 3.0% pada tahun 2025
01:42dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya
01:45Prof, untuk bacaan awal secara keseluruhan data yang dikeluarkan dari Dozum ini
01:50apa respon pertama Prof berkenaan dengan peningkatan dua kali ganda ini Prof?
01:55Ya, saudara Hafiz ya, kalau kita lihat apa yang dilaporkan oleh
01:58Jabatan Perangkaan Malaysia ini
02:00ini merupakan satu angka yang cukup membimbangkan
02:06memandangkan bahawa kenaikan itu adalah tinggi sekali
02:10dan memang kalau kita lihat sekitar tahun lepas
02:13ada satu agensi kerajaan yang mengumumkan bahawa
02:19kenaikan ataupun inflasi Pakat Matan Kesehatan pada masa itu adalah
02:24sekitar lebih daripada 15-15%
02:27tetapi ini kali pertama Jabatan Perangkaan menggunakan
02:31survei yang lebih representatif dan juga kaedah yang lebih
02:35piyawai yang lebih standard untuk mengira
02:39indeks harga pengguna bagi
02:42perkhidmatan kesehatan dan angka ini merupakan satu angka yang
02:46memang kita jangkakan kerana kita tahu bahawa
02:51banyak faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan kos
02:56perkhidmatan kesehatan berlaku sekarang
02:58pertama sekali tadi saudara Hafiz sebutkan tentang insuruan kesehatan
03:02ada tiga komponen dalam indeks harga pengguna kesehatan ini
03:08iaitu obat, peralatan kesehatan dan juga perkhidmatan kesehatan
03:11walaupun overallnya tiga peratus tapi kalau kita lihat di segi
03:15perkhidmatan kesehatan peningkatannya adalah 4.4% dan kita tahu bahawa
03:21tahun yang menjadi benchmark ataupun yang dijadikan perbandingan
03:26adalah tahun 2022 dan kita lihat bahawa setahun sebelumnya
03:31angkanya turun sedikit kemudian terus melonjak kepada
03:34tiga peratus yang kita lihat sekarang. Jadi ini merupakan suatu
03:38perkara yang akan memberikan cabaran yang hebat kepada
03:41perkhidmatan kesehatan kita yang akan terpaksa berdepan dengan
03:46isu ini dalam jangka panjang, jangka masa yang lebih lama dan
03:51kecuali kita mengambil tindakan-tindakan yang efektif untuk
03:54menengani masalah ini.
03:56Baik Prof, kalau kita lihat kan dengan angka yang nampak kecil
04:003.0% ini tapi sebenarnya lonjakan dua kali ganda itu cukup
04:03membimbangkan seperti mana Prof kongsikan. Adakah sebenarnya
04:06secara sedar tak sedar kita sedang melalui transisi perubahan
04:11dalam sektor perubatan ini secara mendadak atau bagaimana Prof
04:16dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini?
04:19Ya, sejak daripada beberapa tahun kebelakangan ini seperti
04:22mana yang sudah berkaitkan tadi memang kita terpaksa berdepan
04:27dengan penggunaan dana untuk perkhidmatan kesehatan yang
04:31tidak mencukupi. Disebabkan oleh salah satunya ada peningkatan
04:35kos yang disebabkan oleh berbagai faktor. Nanti kita akan
04:37terangkan apakah faktor-faktornya. Jadi saya rasa ini merupakan
04:42suatu signal ataupun isyarat bahawa sistem kesehatan kita
04:46terpaksa kita perbaiki dengan mengenai, melakukan reformasi
04:52dalam sektor ini dengan lebih efektif dan juga mencari jalan
04:56supaya perkhidmatan kesehatan dapat disampaikan kepada
05:00kepada rakyat walaupun kita menghadapi masalah dari segi
05:04kekurangan dana. Malaysia membelanjakan sekitar 4.7% daripada
05:10KDNK untuk perkhidmatan kesehatan kedua-duanya untuk sektor
05:15awam dan juga sektor swasta. Ini jauh lebih rendah daripada apa
05:19yang kita lihat daripada negara-negara maju seperti negara OECD
05:23yang membelanjakan hampir dua kali ganda daripada apa yang
05:26disediakan oleh negara kita. Jadi dengan peningkatan kos pada
05:29masa yang sama, peruntukan kewangan agak terbatas. Ini merupakan
05:35cabaran hebat yang terpaksa kita hadapi untuk memastikan bahawa
05:39sistem kesehatan kita terus berdiri dan juga memberikan
05:43perkhidmatan yang sesuai bagi menangani masalah-masalah
05:46perkhidmatan kesehatan, masalah kesehatan rakyat yang dihadapi
05:50sekarang. Ya Prof, sudah tentu ya isu kesihatan ini saban tahun
05:55akan ada peningkatan kos dan sebagainya dan juga menjadi
05:57satu ancaman. Bukan ancamanlah tetapi lebih kepada cabaran
06:00untuk kita menangani dalam sektor kesihatan di mana Prof
06:02kongsikan. Dan kalau kita perincikan apa yang Prof katakan
06:05ada tiga perkara yang dinyatakan oleh dozem tadi termasuklah
06:08ubah-ubatan, keadaan lain-lain perkara. Kalau kita melihat
06:12kepada kategori perkhidmatan sahaja melonjak 4.4% yang
06:15dinyatakan oleh dozem dan kalau ikutkan lebih tinggi daripada
06:18tahun sebelumnya. Kalau kita melihat lebih dalam angka yang
06:21dikeluarkan ini, adakah sebenarnya ia berpunca daripada kos
06:25operasi hospital yang pertama? Adakah disebabkan oleh kekurangan
06:28tenaga kesihatan ataupun sebenarnya penggunaan teknologi
06:30baru yang semakin mengubah corak perubatan dalam negara?
06:35Sebab kita lihat sekarang terlalu banyak hospital yang
06:38menawarkan teknologi baru untuk pembedahan dan sebagainya.
06:41Adakah ini menjadi satu faktor yang menolak kepada faktor
06:44kenaikan 4.4% ini? Prof.
06:47Sebenarnya keseluruhan kalau kita lihat peningkatan kepada
06:51kos rawatan ini, kedua-dua faktor iaitu faktor penawaran dan
06:56juga faktor permintaan ya. Keduanya memainkan peranan penting.
07:00Kita lihat kepada faktor permintaan dahulu. Di kalangan
07:05masyarakat kita, kita tahu bahawa peningkatan dalam
07:08prebalance penyakit tak berjangkit ya. Seperti penyakit jantung.
07:12peningkat jantung merupakan penyebab kematian yang
07:15utama di negara kita. Kemudian diikuti dengan penyakit-penyakit
07:19lain termasuklah juga kanser. Peningkatan non-communicable
07:22de-easers yang mana memerlukan rawatan intensif dan
07:25jangka waktu yang panjang. Menyebabkan kos rawatan
07:28secara keseluruhan akan beringkat. Yang keduanya kalau kita
07:33lihat dari segi permintaan perkhidmatan kesihatan oleh
07:36masyarakat kita. Ahli masyarakat kita kadang-kadang disebabkan
07:40oleh banyak faktor mereka lebih memilih untuk mendapatkan
07:43perkhidmatan daripada pakar-pakar. Dan kalau sekiannya
07:46mereka menerapi masalah untuk mendapatkan rawatan pakar di
07:49klinik kerajaan atau di hospital kerajaan disebabkan oleh
07:52waktu menunggu yang lama, mereka akan pergi ke sektor swasta.
07:55Ini akan menyebabkan kos akan lebih tinggi. Akan lebih
07:59meningkatkan kos secara keseluruhannya. Berbanding kalau
08:03mereka menggunakan perkhidmatan primer dahulu sebelum
08:05mendapatkan rawatan daripada pakar. Jadi corak permintaan
08:09perkhidmatan kesihatan juga merupakan satu perkara yang
08:13penting. Dan kita tahu bahawa masyarakat juga mempunyai
08:15berbagai risiko penyakit yang tidak berjangkit yang tinggi
08:19seperti obesiti. Ini merupakan satu faktor penting yang menyebabkan
08:22berbagai jenis penyakit. Kita balik kepada faktor di dalam
08:26aspek penawaran. Di hospital, di klinik dan sebagainya. Kita
08:31tahu bahawa salah satu elemen penting adalah penggunaan
08:34teknologi baru. Ini teknologi baru ini diperlukan kerana kita
08:39menghadapi penyakit-penyakit yang tidak berjangkit yang
08:43memerlukan rawatan yang terkini yang efektif. Misalnya penyakit
08:46kanser. Ubat-ubat dan juga teknologi untuk merawat kanser ini
08:50adalah baru dan biasanya teknologi yang baru ini akan
08:53adalah lebih mahal. Itu yang pertama penggunaan teknologi
08:57baru. Yang keduanya penggunaan ubat-ubat. Salah satu elemen
09:01penting dalam dalam dalam dalam indeks harga pengguna
09:05kesihatan ini adalah ubat. Kalau kita menggunakan ubat yang
09:10jauh lebih rendah kosnya dibandingkan ubat branded ataupun
09:13ubat yang berjenama. Jadi ubat berjenama ini kalau kita
09:18gunakan biasanya kadang-kadang hospital swasta dan sebagainya
09:23lebih berkemungkinan menggunakan ubat ini dibandingkan dengan
09:26ubat generik. Jadi kos rawatan akan meningkat apabila kita
09:30menggunakan. Kecualilah kita tidak ada alternatif terutama sekali
09:34ubat-ubat yang baru. Kita tahu bahawa untuk rawatan penyakit
09:37seperti keji manis dan sebagainya sekarang ada banyak ubat-ubat
09:40baru yang berkesan tetapi kosnya tinggi dan masih lagi di dalam
09:44tempoh pattern dan dilindungi oleh hak cipta dan sebagainya.
09:49Ini menerupakan kos yang yang tinggi. Faktor yang ketiga
09:52Hafiz yang saya nak sebut dari segi ini adalah kos perkhidmatan
09:57di hospital sendiri. Biasanya kos untuk room and board ya.
10:01Biasanya ini adalah dikenakan oleh pihak hospital kepada
10:04pesakit. Jadi ini merupakan faktor yang penting. Daripada masa
10:07sekarang kita dapati tidak ada suatu standard yang boleh kita
10:11jadikan sebagai benchmark untuk melihat berapakah kos yang
10:15perlu dikenakan untuk pesakit mendapatkan rawatan dan tinggal
10:20di dalam ubat selama satu hari misalnya. Jadi setiap hospital
10:26biasanya berubah-ubah daripada masa ke semasa. Jadi tidak ada
10:30ketelusan dari segi kos yang dikenakan kepada pesakit dan ini
10:34menyebabkan salah satu faktor. Setengah rumah sakit atau hospital
10:38menyediakan pengkhidmatan dengan kos yang jauh lebih tinggi
10:41dibandingkan dengan hospital yang lain. Inilah yang menyebabkan
10:44kerajaan memulakan apa yang kita sebut sebagai riset strategi
10:48oleh bank negara bagi memastikan bahawa kos rawatan dan juga
10:53cas itu lebih transparent dan faktor itu adalah penting. Yang ke yang
10:58satu lagi faktor penting adalah bagaimana hospital-hospital
11:02swasta dan juga klinik swasta ini dibayar oleh funder misalnya
11:06oleh insurans kesihatan. Kita menggunakan apa yang kita sebut
11:10sebagai atomized billing ataupun fee for service. Ini merupakan
11:14merupakan kaedah pembayaran retrospectif. Di mana apabila
11:19seorang pesakit itu masuk hospital kita tidak tahu berapakah kos
11:24sebenarnya akan dikenakan kecuali selepas semua rawatan yang
11:27diberikan. Jadi akibat daripada itu apabila kita menggunakan
11:31atomized billing kadang-kadang setiap satu item yang dimasukkan
11:34dalam bil tadi dilakukan tanpa sebarang pengawalan. Misalnya
11:39rawatan misalnya prosedur-prosedur investigasi misalnya prosedur
11:46seperti MRI, CT scan dan sebagainya. Ini dalam kalau tidak dikawal
11:51akan menyebabkan bil tadi akan meningkat. Dan perkara inilah yang
11:55menyebabkan akhirnya kadar inflasi perkhidmatan kesihatan
12:00kita tinggi sekali kalau kita lihat apa yang dihasil dilaporkan
12:04oleh dosen pada baru-baru ini.
12:08Abil Prof menyebut soal insurans itu adalah satu isu yang
12:11mendasari kebanyakan rakyat di Malaysia. Bila ramai warga maya
12:15di media sosial meluahkan rasa kuatir dan juga ketidakpuasan hati
12:19bila premium insurans dinaikkan oleh syarikat insurans mereka
12:22disebabkan oleh peningkatan kos yang dikatakan oleh hospital
12:25swasta dan sebagainya. Kalau kita melihat kepada premium
12:28insurans yang dikeluarkan Androsome ini meningkat 90% dalam
12:32hanya tempoh setahun sahaja. Dan ini memberi kesan kepada
12:36kebanyakan isi rumah. Dan kalau kita melihat kepada trend ini
12:40jika berterusan, saya melihat kalau dah ada kenaikan harga
12:43jarang sekali akan ada penurunan harga dalam konteks ini.
12:46Pasti akan ada implikasi atau kesan kepada pemilikan insurans
12:51kesihatan di Malaysia. Apa ramalan dan juga fokus yang
12:54Prof boleh kongsikan kepada kita?
12:579% merupakan angka yang tinggi kalau kita lihat elemen yang
13:03menyebabkan peningkatan kepada indeks harga pengguna
13:06kesihatan yang paling tinggi dalam apa yang dilaporkan oleh
13:10Jabatan Perangkaan itu adalah merupakan insurans kesihatan,
13:13premium insurans kesihatan. Di negara kita premium insurans kesihatan ini
13:18kita menunjuk kepada insurans kesihatan swasta kerana kita
13:21tidak ada. Kita tidak ada insurans kesihatan nasional seperti
13:24negara-negara jiran kita. Jadi insurans kesihatan swasta ini
13:28yang menyebabkan salah satu faktor kenapa kos yang meningkat adalah
13:31kerana insurans ini, insurans swasta kita beroperasi menggunakan
13:35apa yang kita sebut sebagai risk rating. Di mana apabila seseorang
13:41itu mempunyai risiko untuk mendapatkan rawatan lebih tinggi
13:44misalnya mereka yang mengidap penyakit-penyakit tidak
13:48penyakit seperti kinci manis, darah tinggi ataupun penyakit jantung
13:52pada masa yang lepas. Dan mereka ini akan dikenalkan premium yang
13:55tinggi. Dan kita tahu bahawa lebih daripada dua per tiga daripada
14:00penduduk negara kita ini mempunyai sekurangkannya satu faktor
14:03risiko. Ini menyebabkan ianya lebih ianya akan dimuatkan dalam
14:08pengiraan untuk melakukan untuk premium tadi. Akibatnya premium akan
14:13terus meningkat dan ini kalau tidak kita tidak lakukan maka akan
14:17berlakulah masalah yang akan kita hadapi bukan saja sekarang malahan
14:21pada masa depan. Kalau kita lihat ya awal tahun 2024 dan akhir tahun
14:262024 dan juga awal tahun 2025 ada cadangan daripada insurans
14:30kesehatan swasta untuk meningkatkan premium sehingga 75%. Ini merupakan
14:35faktor yang menyebabkan indeks harga pengguna bagi insurans ini
14:41begitu tinggi sekali. Itu satu faktor ya. Ini kita bandingkan
14:45dengan negara-negara lain. Negara-negara seperti negara-negara
14:47Eropah, jiran kita seperti negara-negara yang maju dekat
14:53kita seperti Australia misalnya. Mereka tidak membenarkan insurans
14:57swasta ini beroperasi menggunakan risk rating. Mereka menggunakan apa
15:04yang disebut sebagai community rating. Kalau kita menggunakan community rating
15:07bermakna risiko untuk seluruh penduduk itu dikongsi bersama. Dan ini
15:13menyebabkan premium yang terpaksa dibayar jauh lebih rendah. Kalau kita
15:18bandingkan negara Eropah misalnya negara Belanda dan Netherlands ya dan juga
15:23negara Jerman. Peningkatan dalam premium insurans setiap tahun adalah
15:28cuma sekitar 3 ke 5 peratus saja. Pada hari negara kita ada usaha
15:33nak meningkatkan sehingga 75 peratus. Nasib baiklah ada bank negara yang
15:38meletapkan bahawa tidak boleh melebihi daripada 10 peratus. Itu pun
15:42tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh insurans
15:44insurans swasta. Kenapa insurans
15:46insurans swasta ini begitu berminat untuk menggunakan
15:51risk rating ini. Pertama sekali tidak ada undang-undang yang menghalang
15:55mereka menggunakan perkara tersebut seperti mana the best practices yang ada
15:59negara maju. Yang kedua mereka lebih mudah untuk mengaut keuntungan kalau
16:03menggunakan risiko risk rating ini. Jadi apabila seseorang itu mempunyai
16:08risiko yang tinggi maka premiumnya akan ditingkatkan dengan harapan bahawa
16:13mereka ini tidak akan mendaftar untuk menjadi pencarum dalam insurans
16:18kesihatan swasta. Maka insurans kesihatan swasta ini akan mendapat mereka
16:22yang mempunyai risiko yang rendah iaitu orang yang muda tidak ada
16:26penyakit-penyakit kronik dan juga mereka tidak berisiko untuk mendapat
16:29penyakit. Ini bermakna premium yang mereka bayar itu tidak akan digunakan.
16:33Dan ini merupakan faktor yang menyebabkan premium atau premium insurans
16:39kita begitu tinggi dan pada masa yang sama disebabkan oleh pengambilan
16:43keuntungan yang terlalu tinggi oleh insurans kesihatan swasta. Ini faktor
16:47penting yang mana kita memerlukan penanganan yang lebih efektif
16:52keadaan itu.
16:53Prof, saya melihat itu satu kelompangan ataupun loophole yang perlu diberi
16:58perhatian khususnya kepada pihak kerajaan, Kementerian Kesihatan, BNM khususnya
17:01melihat perkara ini untuk pastikan bahawa tidak ada perkara yang itu
17:05membawa kepada satu masalah lain iaitu keresahan ataupun beban kepada
17:10rakyat secara keseluruhannya. Kalau kita melihat kepada trend peningkatan
17:14kos premium ini, ramai rakyat sudahpun membatalkan langganan insurans
17:18kesihatan mereka yang akhirnya terpaksa menangguhkan rawatan disebabkan
17:21oleh kos yang mahal. Kalau nak ke kerajaan mungkin beratur panjang dan
17:26sebagainya. Adakah ini menjadi satu lagi beban dari arah yang lain dalam
17:30soal kesediaan penjagaan ataupun rawatan kesihatan yang ada ini, Prof?
17:36So, Tuan Hafiz, apa yang kita khawatirkan selain daripada mereka menangguhkan
17:40untuk mendapatkan rawatan dan datang di peringkat akhir untuk mendapatkan
17:44rawatan yang mana kosnya jauh lebih tinggi. Mereka juga mungkin menggunakan
17:48pendekatan untuk mengambil perubatan ataupun perkhidmatan kesihatan
17:51alternatif. Ini merupakan satu perkara yang berbahaya kerana perkhidmatan
17:55kesihatan alternatif biasanya tidak dikawal selia oleh kaedah yang baik di
18:02negara kita. Akibatnya banyak mereka mengambil rawatan-rawatan yang tidak
18:07efektif dan ini menyebabkan mereka menghadapi komplikasi dan sebagainya.
18:12Misalnya kita lihat penyakit penjaga manis ya. Mereka yang mengidap penjaga manis
18:16kita lihat di dalam Facebook, di dalam banyak social media, dielankan berbagai-bagai
18:21rawatan-rawatan yang mereka klaim bahawa boleh menjaga ataupun mengawal daripada
18:31mendapat komplikasi daripada kegagalan ginjal dan sebagainya. Akibatnya kita
18:37lihat lebih daripada 30% daripada pengidap-pengidap diabetes kita yang
18:42tidak mendapat rawatan secara berkala ini ataupun mungkin mengambil rawatan
18:46alternatif yang tidak berkesan terpaksa menjalani hemotelisis disebabkan oleh
18:51chronic renal failure. Perkara ini yang akan berlaku. Jadi apabila mereka datang ke
18:56hospital kerajaan, mereka sudah pun dalam tahap akhir, tahap lewat untuk
19:03mendapatkan rawatan dan terpaksa mengalami hemotelisis dan kos hemotelisis itu
19:07jauh lebih tinggi daripada memberi rawatan preventif. Itu untuk kencing manis.
19:13Ada juga yang mengidap penyakit kanser, misalnya kanser payudara.
19:17Kita dapati ada satu laporan mengatakan 60% daripada penduduk kita, penduduk
19:24Malaysia ini yang mengidap penyakit kanser payudara ini apabila sampai
19:28mendapatkan perkhidmatan di klinik, di hospital ataupun perkhidmatan kerajaan
19:32hampir 60% berada dalam tahap yang telah lewat, tahap akhir. Ini menyebabkan
19:38survival rate daripada mereka yang mengidap kanser payudara ini jauh lebih
19:42rendah dibandingkan dengan apa yang kita dapati di negara-negara yang lebih
19:46maju. Inilah implikasi daripada peningkatan kos. Jadi selain daripada mereka
19:51datang lewat, mereka cuba mendapatkan rawatan alternatif yang tidak berkesan,
19:55tidak terkawal dan akibatnya mereka akan menghadapi masalah-masalah
19:59kesihatan yang kronik pada masa hadapan dan ini menyebabkan tahap
20:04kesihatan penduduk kita akan terancam.
20:07Prof, bila sebut soal peningkatan penyakit kronik yang semakin bertambah
20:12banyak kebelakangan ini, bukan saja golongan tua, golongan muda pun sekarang
20:16dilihat tren penyakit kronik itu semakin memimbangkan juga.
20:21Dan kalau kita lihat bahawa banyak laporan khas sebelum ini menunjukkan
20:24bahawa hospital kerajaan dah bertambah sesak ke tidak cukupan pegawai
20:29perubatan dan sebagainya. Bila kita melihat kesan daripada insuran premium,
20:33premium insuran semakin meningkat dan kos semakin meningkat dan ramai yang
20:36beralih arah ke hospital kerajaan. Soal paling besar di sini adalah
20:41adakah fasiliti hospital kerajaan kita mampu untuk menampung sebilangan
20:46yang begitu banyak untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
20:49sebab daripada kos yang semakin tinggi dari insuran dan juga rawatan
20:54di hospital swasta, Prof?
20:56Ya, Amir, Saudara Hafiz dan memang kita tahu bahawa banyak laporan
21:00mengatakan bahawa hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan sekarang ini
21:05penuh sesak dengan pesakit. Terutama sekali ini beri mereka yang dulunya
21:08yang mendapatkan rawatan melalui perkhidmatan kesihatan swasta yang
21:13diliputi oleh atau di cover oleh insuran. Mereka balik kepada
21:17perkhidmatan kesihatan awam. Jadi kita tahu dengan kekurangan
21:21pegawai perubatan yang ada dalam perkhidmatan kesihatan awam ini
21:26akan merupakan memberikan satu tekanan yang besar kepada
21:30perkhidmatan kesihatan awam. Sudah pasti perkhidmatan kesihatan awam
21:35tidak akan dapat menanggung. Kita memerlukan perkhidmatan kesihatan
21:38swasta. Sebab itu kita mesti cari kaedah yang lebih baik supaya
21:42pembayaan-pembayaan kesihatan kita ini dapat kita gunakan bagi mereka
21:47untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta tapi dibiayai oleh
21:50sistem perkhidmatan yang lebih berkesan daripada apa yang kita ada
21:55pada masa sekarang.
21:57Prof, satu lagi arah cabaran yang datang bukan sahaja soal penyakit-penjangkit,
22:02penyakit obesiti yang menjadi ancaman juga kepada dalam negara kita.
22:05salah satu lagi saya fikir cabaran lain adalah negara kita menuju
22:08negara menua dalam tempoh dua dekad akan datang. Kalau kita lihat
22:12nak dibandingkan negara menua kita dengan negara Jepun, tahap
22:16kesihatan rakyatnya memang jauh berbeza untuk golongan tua.
22:19Dan dalam tempoh 20 tahun akan datang ini Prof, apa yang kita boleh
22:23jangkakan sebenarnya? Adakah EU semakin membimbangkan dalam konteks
22:28kesihatan? Sebab bila kita nak menguruskan masyarakat yang semakin menua
22:31dan yang berumur panjang ini kita boleh katakan. Apa-apa kita boleh
22:35lihat dalam tempoh dua dekad akan datang ini berdasarkan fakta negara
22:40menua ini Prof?
22:41Ya, kita tidak boleh lari kepada situasi di mana penduduk kita akan
22:48berada dalam tahap negara-negara yang menua. Ini merupakan suatu perkara
22:55yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, di banyak negara lain lagi.
22:59Kajian yang kita lakukan dua, tiga tahun yang lepas ya, mendapati bahawa
23:05beban ekonomi untuk merawat pesakit-pesakit dan juga mereka di kalangan
23:11golongan tua ini adalah sekitar 8.7 bilion. Kalau kita lihat,
23:18pembelanjaan kesihatan kita di Malaysia adalah sekitar 8.85 bilion termasuklah
23:24awam dan juga swasta ya. Ini bermakna hampir 10% ataupun 0.6% daripada KDNK.
23:31Tahun 2030, kita jangkakan kos ini akan meningkat kepada hampir 12 bilion ataupun
23:39hampir 0.76% sampai 0.8% daripada KDNK. Kenapa golongan tua ini
23:46memerlukan sumber keuangan yang tinggi untuk rawatan?
23:50Kerana pertama sekali jelas mereka ini memerlukan rawatan untuk penyakit kronik.
23:56Pertama sekali penyakit kecil manis, darah tinggi dan juga penyakit-penyakit
23:59berkaitan dengan penyuaan seperti penyakit otopedik dan sebagainya.
24:06Ini memerlukan rawatan dan rawatan ini biasanya dalam jangka masa yang panjang
24:11sehinggalah mereka golongan tua ini meninggal. Jadi tempoh rawatan juga diperlukan.
24:18Jadi saya rasa ini merupakan satu cabaran besar di ada faktor penting lagi
24:27yang berkaitan iaitu kekurangan dana. Ketika dana tidak mencukupi dan golongan tua ini
24:34arwah agar remas ini terpaksa mengharung berbagai cabaran dan mereka ini
24:40biasanya tidak mempunyai sumber keuangan dan mereka memang terpaksa bergantung
24:43kepada perkhidmatan kesihatan awam.
24:46Way forward, Prof. Kalau kita lihat ramalan dan juga nyangkaan yang dikeluarkan
24:51dari Dozum ini sudah kita dapat jangkakan seperti mana Prof. kongsikan
24:54bebanan yang akan kita lalui pada masa akan depan akan lebih dahsyat daripada hari ini.
25:00Tapi apa last resort yang kita boleh lakukan khususnya pada pihak kerajaan
25:03dalam belanjawan akan datang untuk sektor kesihatan ataupun industri kesihatan ini
25:08apa lagi yang boleh kita lakukan supaya sekurang-kurangnya walaupun kita
25:11tidak dapat mampu mengatasi semuanya tapi sekurang-kurangnya mampu mengurangkan
25:15kesan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat dalam soal mendapatkan
25:19rawatan dan sebagainya Prof.
25:20Ya, I think 2-3 hari lepas kita dengar bahawa kerajaan akan melancarkan MHIT
25:27yang dijenamakan sebagai media asas ya. Ini merupakan insuran kesihatan
25:31yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan dan juga Bank Negara
25:35untuk cuba memberikan alternatif supaya perkhidmatan kesihatan dapat diberikan
25:41dan dibiayai oleh insuran kesihatan ini. Itu merupakan satu langkah
25:46yang saya rasa langkah yang sedang dilaksanakan. Namun begitu media asas ini
25:51juga mempunyai berbagai cabaran. Salah satunya media asas ini adalah
25:56merupakan insuran swasta. Biasanya insuran swasta ini tidak boleh
26:00menyelesaikan masalah pembiayaan kesihatan seluruh di negara kita
26:03disebabkan oleh pertama sekali kita nak lihat sama ada produk yang dihasilkan
26:08itu atraktif ataupun tidak. Apakah dia masih lagi akan menggunakan
26:13kaedah risk rating. Kalau menggunakan kaedah risk rating makna premiumnya itu
26:17mungkin tidak mampu dibiayai. Namun begitu media asas ini yang dibangunkan ini
26:23menyediakan kaedah pembayaran menggunakan DRG. Ini merupakan suatu lagi
26:27inisiatif di dalam riset dan ini akan memberikan transparansi kepada
26:32kos rawatan yang membolehkan kita mengetahui dan membuat benchmarking
26:36apabila seseorang itu mendapatkan rawatan. Itu adalah di antara kebaikan
26:40media asas yang dibangunkan dan kita tertunggu-tunggu apakah media asas ini
26:45dapat menyediakan suatu solusi yang baik. Tetapi di janjiran kita seperti
26:49Indonesia, Vietnam, Thailand dan sebagainya mereka mengambil penekatan
26:53yang berbeda. Mereka menggunakan kaedah insuruan kesehatan nasional dan ini
26:57akan memberikan peluang kepada ahli masyarakat membayar dengan caruman yang
27:02jauh lebih rendah daripada insuruan kesehatan swasta dan menggunakan kaedah
27:06community rating. Jadi negara-negara seperti negara Eropah dan juga beberapa
27:10negara ASEAN menggunakan kaedah ini tapi di Malaysia kita belum lagi
27:14menuju ke arah ini. Dan kerajaan mengambil penekatan untuk mengujudkan
27:18media asas ataupun MBH IT ini dan kita harapkan satu hari pada masa hadapan
27:24mungkin kita akan berusaha ke arah itu.
27:27Baik, sesama kita nantikan Prof. Apa yang akan dikongsikan oleh pihak kerajaan
27:30dan juga pihak Kementerian Kesihatan dalam soal itu. Sekali lagi saya nak
27:33ucapkan terima kasih kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Syed Mohamad Al-Junid.
27:36Syed Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU University atas perkongsian dan juga
27:40respon awal berkenaan dengan laporan inflasi kesihatan Malaysia yang
27:44meningkat baru-baru ini. InsyaAllah dapatkan analisis penuh di aplikasi
27:47Astro Awani dan juga astroawani.com.
Comments