Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.
Transcript
00:00Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengumumkan perletakkan jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi bersatu.
00:10Sebabnya, Abu Bakar nak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.
00:19Menurut Abu Bakar, buat masa ini belum kekal sebagai ahli bersatu selain masih memegang jawatan ketua bahagian dan ketua badan
00:28pimpinan bersatu Perlis.
00:32Saya masih lagi kekal sebagai ahli bersatu. Jadi, perkara ini tak timbul persoalan berkaitan dengan perletakan dan juga berkaitan dengan
00:41jawatan Menteri Besar itu tak terlibat langsung.
00:43Sebab perletakan jawatan saya ini adalah saya tak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada majlis pimpinan tertinggi iaitu Parti Perlis Pimpinan
00:52Bersatu Malaysia dalam keadaan kesibukan dan juga masalah di Perlis
00:57yang saya hanya tinggal lebih kurang setahun lebih lagi untuk meneruskan pentadbiran.
01:02Saya masih menghormati, yang menghormat Tan Sri Ma'uddin Yassin sebagai Presiden Bersatu Malaysia dan juga seluruh kepimpinan Parti Perlis
01:12Pimpinan Bersatu Malaysia.
01:13Abu Bakar berkata demikian ketika ditemui selepas majlis kunjung hormat delegasi satun ke JT Kuala Pembelis bersempena pembukaan semula sempadan
01:22di Terminal Ferry Kuala Pembelis pada Khamis.
01:25Abu Bakar dalam pada itu turut menafikan dawaan kononnya peletakan jawatan tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut politik atau petanda bakal
01:33berlakunya perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
01:37Beliau turut menepis spekulasi pihaknya bakal menyertai parti lain dan menegaskan dawaan tersebut tidak berasas memandangkan masih terikat dengan akta
01:47anti-lompat parti.
Comments

Recommended