00:00Taktik sindiket penyeludupan migren menjadikan kediaman mewah sebagai rumah transit sementara bagi pendatang asing di Ibu Negara dibongkar oleh Jabatan
00:09Imigresen Malaysia GIM.
00:11Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Sya'aban berkata operasi khas yang dijalankan menahan 15 individu termasuk warga asing dan seorang
00:19lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.
00:25Jelasnya serbuan ke atas dua kediaman mewah di Ibu Negara dijalankan kira-kira 12.30 tengah malam hasil risikan selama
00:33sebulan.
00:34Operasi itu membawa kepada penahanan dua lelaki warga Bangladesh yang dipercayai bertindak sebagai penjaga premis serta lapan lagi warga negara
00:44sama.
00:44Hasil semakkan mendapati sebahagian daripada mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah manakala dua wanita didapati telah disenarai hitam oleh Jabatan
00:55Imigresen.
00:56Pasukan operasi turut merampas tiga pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM1,595 yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti tersebut.
01:06Siasatan mendapati sindiket menggunakan kediaman mewah bagi menempatkan migran secara sementara sebelum mereka dihantar ke destinasi yang ditetapkan.
01:17Setiap individu dipercayai dikenakan bayaran antara RM700 hingga RM1,500 untuk menggunakan perkhidmatan itu.
01:24Dalam operasi berasingan di Terminal Bersepadu Selatan dan Terminal Bersepadu Gombak, pihak imigresen menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak
01:35sebagai transporter serta empat lelaki warga India.
01:38Pihak berkuasa turut merampas empat pasport India, dua telefon bimbit dan sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelidupan migran.
01:47Menurut siasatan, setiap migran warga India dipercayai dikenakan bayaran sebanyak RM6,000 dan kegiatan itu dipercayai beroperasi sejak tahun lalu.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments