00:00Amerika Syarikat mungkin melancarkan satu lagi serangan keras ke atas Iran selepas serangan yang dilakukan sehari sebelumnya.
00:07Perkara itu dimaklumkan Presidennya Donald Trump yang mendakwa matlamat Amerika adalah untuk menghapuskan nuklear Iran.
00:14Beliau juga ragu sebarang perjanjian nuklear yang dimeterai dengan Iran pada masa depan akan dapat dikekalkan selain mendakwa Iran tidak
00:21boleh dipercayai.
00:23Trump turut mendakwa pasukan perunding Iran berbohong mengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup.
00:30Susulan itu kata Trump, Amerika mungkin meneruskan usaha menghapuskan nuklear Iran tanpa sebarang perjanjian kerana menganggap pendekatan tersebut lebih mudah.
00:40Lapo Al-Jazeera, beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang kemuncak NATO di Turki.