00:00Sebelum kita mulakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini,
00:05sukacita saya maklumkan bahawa program
00:08pemeriksaan kesihatan seperti biasa
00:12akan diteruskan pada tahun 2026
00:15dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
00:19Program ini telah dilaksanakan secara berterusan
00:22sejak tahun 2023 dan kini telah memasuki tahun yang keempat.
00:28Pemeriksaan kesihatan ini sangat membantu
00:32dalam mengesan sebarang isu berkaitan kesihatan
00:35oleh yang berhormat di peringkat awal dan seterusnya
00:39membolehkan langkah-langkah pencegahan
00:41serta proaktif melalui pengubahsuaian gaya hidup,
00:45pengambilan ubat-ubatan atau intervensi perubatan awal
00:51yang bersesuaian dengan segera.
00:54Saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas
00:59kepada semua ahli berhormat
01:00yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan
01:03sepanjang pelaksanaan sebelum ini.
01:06Saya juga merakamkan pengaragaan kepada Kementerian Kesihatan
01:10atas sokongan komitmen dan kerjasama erat
01:13yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan program ini.
01:16Sebarang pertanyaan mengenai pemeriksaan ini
01:20boleh diajukan kepada Datuk Dr. Murugesu Raju,
01:25Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia.
01:28Yang merhormat, sila ambil perhatian dan serius tentang ini.
01:33Semalam juga kita mempunyai seorang ahli parlimen
01:36yang mengalami kesihatan yang serius
01:39dan kini beliau berada di IGN.
01:46Terima kasih.
Comments