00:00Seterusnya, tarikh pembebasan penyanyi rap AS Sean Didi Combs yang disabitkan kesalahan berkaitan memperdagangkan individu bagi tujuan pelacuran dijangka diawalkan
00:11hampir 3 bulan berbanding asal.
00:13Berdasarkan maklumat terkini, Combs kini dijadual dibebaskan pada 8 Februari 2028 berbanding tarikh asal yang sebelum ini ditetapkan pada 8
00:23Mei 2028.
00:26Pangkalan data Sistem Penjara Persekutuan AS menunjukkan penyanyi berusia 56 tahun itu sedang menjalani hukuman di Institusi Pemulihan Persekutuan FCI
00:36Fort Dix, New Jersey.
00:38Sebelum ini, tarikh pembebasannya beberapa kali diubah oleh pihak berkuasa penjara.
00:43Selepas hukuman dicatuhkan, pembebasan awal Combs pada mulanya dijadualkan pada 8 Mei 2028 sebelum ditunda ke 4 Jun 2028.
00:53Bagaimanapun, tarikh tersebut kemudiannya diawalkan secara berperingkat kepada 25 April, 15 April, 23 Februari dan terkini kepada 8 Februari 2028.
01:04Combs kini menjalani hukuman penjara selama 50 bulan bermula September 2024 selepas disabitkan atas dua pertuduhan berkaitan memperdagangkan individu bagi
01:15tujuan pelacuran.
01:16Kes yang melibatkan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan itu terus mendapat perhatian meluas media antarabangsa sejak penahanannya hampir dua tahun
01:25lalu.
Comments