Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Indeks Keterjaminan Makanan Malaysia meningkat kepada 61.5 pada tahun 2024, dipacu oleh peningkatan dalam aspek kebolehcapaian dan kestabilan makanan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sekali gus menunjukkan tahap keterjaminan makanan negara berada pada prestasi yang baik.
Transcript
00:00Indeks Keterjaminan Makanan Malaysia IKMM meningkat kepada 61.5 pada tahun 2024 berbanding 54.5 pada tahun sebelumnya sekaligus menunjukkan
00:12tahap keterjaminan makanan negara berada di landasan yang betul.
00:17Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, peningkatan indeks itu dipacu oleh prestasi lebih baik dalam dimensi kebolecapaian dan kestabilan makanan.
00:30Kepenggunaan kita tak ada isu sebab kita kalau tak ada dalam negara ada orang yang mengimport. Itu menyebabkan dimensi skor
00:38kebunakan tertinggi.
00:39Tetapi dari segi dimensi availability production dalam negara itu kita dapat banyak ruang untuk kita tambah baik.
00:47Itu sebab memberi fokus kepada kita punya ekonomi akan datang ini adalah memberi fokus kepada pengukuhan di sektor pertanian.
00:56Jadi saya jangka ini juga akan menghasilkan indeks kerjamanan yang semakin tinggi.
01:00Jadi secara umumnya indeks kerjamanan negara menunjukkan kita berada dalam landasan yang baik tetapi ada ruang untuk terus kita tingkatkan,
01:09mengurangkan import dan juga kebangkontongan import pertanian.
01:13Beliau menjelaskan indeks itu mengukur keterjaminan makanan berdasarkan 25 indikator merangkumi 4 dimensi atau ketersediaan kebolecapaian, penggunaan dan kestabilan.
01:26Menurutnya dimensi penggunaan menunjukkan prestasi baik kerana keperluan makanan masih boleh dipenuhi melalui import jika bekalan tempatan tidak mencukupi.
01:35Namun aspek ketersediaan utama pengeluaran dalam negara masih mempunyai ruang penambahbaikan dan perlu diperkukuh.
01:42Beliau berkata sektor pertanian perlu diperkasa melalui penggunaan teknologi serta peralihan kepada modal yang lebih komersial dan mampan.
01:51Dosa menjelaskan bahawa laporan tersebut akan menjadi rujukan utama kerajaan dalam melaksanakan dasar keterjaminan makanan negara 2030 serta RMK13.
02:01Laporan itu juga akan dimuktamakan selepas proses penambahbaikan termasuk pembangunan papan pemuka digital bagi memudahkan akses data kepada orang ramai.
Comments

Recommended