00:00Baik, England menempah tiket ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan tuan rumah bersama Meksiko 3-2 dalam
00:09aksi dramatik di Stadium Azteca.
00:11Kemenangan itu menamatkan kemarahan terbaik Meksiko di Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun meskipun England terpaksa beraksi dengan 10 pemain
00:20bagi sebahagian besar separuh masa kedua.
00:26Jude Bellingham muncul sebagai watak utama selepas meledak dua gol dalam tempoh seminit pada babak pertama.
00:33Gol pertama hadir menerusi penyudah hasil hantaran lintang oleh Bukayo Saka. Beliau kemudian menggandakan jaringan selepas menerima umpanan dari Harry
00:43Kane.
00:44Meksiko bagaimanapun merapatkan kedudukan sebelum rehat menerusi Julian Quinones yang pantas menyambar bola muntah dalam kotak penalti.
00:51Namun, situasi semakin mencabar buat England selepas Gerald Quansah dilayangkan kad merah selepas semakkan video bantuan pengadil atau VAR pada
01:01separuh masa kedua.
01:02Bagaimanapun, Harry Kane mengembalikan kelebihan dua gol England menerusi sepakkan penalti selepas penjaga gol Meksiko, Raul Rangel, mengasari Anthony Gordon.
01:12Meksiko terus memberi tentangan dan memperoleh penalti selepas VAR mengesahkan Kane melakukan kekasaran terhadap Brian Gutierrez.
01:21Raul Jimenez tidak mensiasiakan peluang untuk menjadikan kedudukan 3-2.
01:26Perlawanan turut tertangguh selama sejam berikutan cuaca buruk di sekitar Stadium Azteca.
01:31England akan berdepan Norway dalam aksi suku akhir yang dijadual berlangsung di Miami pada Sabtu.
01:38Terima kasih kerana menonton!
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments