Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Ribuan rakyat Iran menghadiri upacara penghormatan terakhir di Tehran selepas pemimpin tertinggi itu terkorban dalam konflik. Kerajaan anjur pengebumian selama seminggu dengan siri penghormatan di dalam dan luar negara.
Transcript
00:00Baik, akhir sekali ribuan rakyat Iran menghadiri upacara penghormatan terakhir kepada pemimpin tertinggi atau bekas pemimpin tertinggi mereka, Ali Khamenei,
00:07di kompleks Musala di Tehran semalam.
00:11Antara yang hadir termasuk anggota tentera, pelajar institusi agama serta orang awam yang datang untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham dan
00:19ahli keluarganya.
00:21Hadirin mengibarkan bendera yang memaparkan slogan membalas dendam terhadap Amerika Syarikat, manakala sebahagian lagi mengadakan bacaan doa beramai-ramai.
00:30Di kompleks yang dinamakan sempena pemimpin tertinggi pertama Iran, Ayatollah Rukullah Khomeini.
00:35Ali Khamenei bersama beberapa anggota keluarganya terbunuh dalam serangan udara ketika konflik antara Iran dengan Amerika dan Israel tercetus pada
00:4428 Februari lepas.
00:45Sebagai tanda penghormatan, kerajaan Iran menganjurkan upacara pengebumian besar-besaran selama seminggu.
00:52Jenazah Ali Khamenei turut di jadual dibawa ke beberapa lokasi suci penganut Syiah di negara jiran, Irak.
00:58Sebagai sebahagian daripada siri penghormatan terakhir.
Comments

Recommended