00:00Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM, jangka penilaian teknikal sistem peluru berpandu bagi menggantikan peluru berpandu antikapal NSM dibuat menjelang akhir
00:10bulan ini.
00:11Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata,
00:14bagi tujuan itu, TLDM kini sedang giat menjalankan kajian dan penilaian terhadap beberapa sistem surface-to-surface missile SSM
00:22yang berpotensi menggantikan sistem NSM keluaran Kongsberg Defense and Aerospace AS KDA.
00:30Kini, TLDM sedang giat menjalankan kajian dan penilaian terhadap sistem surface-to-surface missile yang mampu menggantikan sistem NSM KDA.
00:42Beberapa original equipment manufacturer OEM daripada beberapa negara telah dikenalpasti sebagai berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu bagi menggantikan sistem NSM.
00:57cadangan dan tawaran daripada syarikat-syarikat ini akan dinilai secara komprehensif berdasarkan keperluan operasi TLDM.
01:07Ia merangkumi beberapa aspek, iaitu, pertamanya, keupayaan sistem tersebut untuk disepadukan dengan combat management system kapal LCS.
01:20Kedua, tempoh penghantaran sistem tersebut.
01:24Ketiga, kos keseluruhan perolehan.
01:28Serta keempat, tahap teknologi dan keupayaan operasi yang setanding ataupun lebih baik daripada sistem NSM.
01:37InsyaAllah sekiranya semua berjalan lancar, penilaian teknikal di peringkat TLDM dan MINDEF dijangka akan siap pada akhir bulan Julai 2026
01:48sebelum diangkat ke peringkat penilaian seterusnya.
01:52Ketiga, Malaysia Komitet membina keupayaan tahanan negara yang lebih berdaya tahan dan lebih berdikari.
02:00Episode dengan Norway mengingatkan kita bahawa kebergantungan yang terlalu tinggi kepada rantaian bekalan luar negara turut membawa risiko strategik yang
02:12besar.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments