00:00Yang berhormat, KBS sentiasa memastikan bahawa tidak ada yang tertinggal, tak kira negeri mana pun, tak kira siapa pun itu.
00:07Kita sentiasa memastikan bahawa sukan ini tetap diperkukuh sebagai medium perpaduan dalam negara kita.
00:13Yang berhormat, berkenaan dengan ranking setakat ini, bola tampar Malaysia belum mempunyai kedudukan rasmi di peringkat Asia.
00:21Ini disebabkan oleh ranking badan induk antarabangsa dan bendua bagi sukan bola tampar biasanya ditentukan berdasarkan penyertaan dan pencapaian pasukan
00:31kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan rasmi.
00:33Kita menghadapi beberapa kekangan sekarang ini dan beberapa permasalahan yang perlu kita mencari solusi dengan segera.
00:41Kenapa kita belum lagi tersenarai dalam ranking di peringkat Asia?
00:45Pertamanya disebabkan oleh kekurangan pendedahan terhadap pertandingan berintensiti tinggi.
00:51Yang kedua adalah disebabkan tahap pertandingan domestik yang perlu diperbanyakkan.
00:56Dan yang ketiga, sistem pembangunan dan liga profesional negara persaing itu lebih matang berbanding dengan kita.
01:02Dan yang tak kalah penting juga sebenarnya adalah faktor fizikal kita.
01:05Sebab fizikal sebenarnya dalam sukan bola tampar ini menjadi salah satu aspek penting untuk kita memenangi kejohanan bola tampar berbanding
01:14dengan negara-negara lain.
01:15Dan yang paling penting sebenarnya adalah pendedahan.
01:19Sebab itu bola tampar ini tersenarai dalam MSSM kita bersama dengan KPM.
01:25Dan kita juga senaraikan bola tampar ini dalam SUGMA 2026 dan juga SEA Games 2027 yang mana kita menjadi tuan
01:34rumah pada tahun hadapan.
01:35Dan kita masukkan bola tampar sebagai salah satu sukan yang tersenarai dalam penganjuran kemasya yang sangat-sangat penting ini.
01:41Dan dalam usaha untuk mengangkat sukan bola tampar, KBS bersama dengan Persatuan Bola Tampar Malaysia dalam perancangan untuk melaksanakan beberapa
01:51pelan tindakan yang penting yang perlu diikuti oleh persatuan.
01:55Antaranya memperkasakan kerjasama yang erat bersama dengan MSN, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, ISN, KPM, KPT dan juga Persatuan
02:05Bola Tampar.
02:07dilaksanakan secara bersepadu dari peringkat bawah sehinggalah ke peringkat prestasi tinggi.
02:13Dan yang kedua adalah memperbanyakkan lagi kejohanan yang kompetitif dalam negara supaya atlet boleh memperoleh pengalaman pertandingan dan konsistensi prestasi
02:22dalam jangka panjang.
02:23Dan yang ketiga yang berhormat, kita juga meningkatkan kualiti kejuru latihan dan juga pegawai teknikal melalui pendedahan kepada latihan modern
02:32serta kerjasama teknikal dalam negara yang lebih maju dalam Sukan Bola Tampar di Asia.
02:38Sebab itu kerjasama yang erat daripada semua pihak itu amat-amat penting dan kejohanan, pendedahan kejohanan itu saya rasa yang
02:45perlu kita pertingkatkan lagi.
02:47Dan keaktifan Persatuan Bola Tampar Malaysia itu perlu dipergiatkan dengan lebih lagi. Terima kasih.
Comments