Bila sebut sahaja lagu 'Hati Emas', automatik fikiran kita akan melayang mengimbas kembali zaman kegemilangan kumpulan Kembara pada awal era 80-an. Sentuhan sifu Datuk M. Nasir bersama rakan-rakan seperjuangannya ketika itu bukan sekadar menghiburkan, tetapi membawa revolusi tersendiri dalam landskap muzik rakyat (folk rock) tanah air! 🦁🔥
Bait-bait liriknya yang sarat dengan mesej kehidupan dan melodi yang begitu menangkap telinga membuktikan mengapa karya ini kekal menjadi antara lagu ciptaan terbaik beliau yang malar segar merentas zaman
#kembara #mnasir #hatiemas #sinarplus #lifestylesinarharian #SinarPlusVibeCheck