Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata pemandu lelaki itu tidak memiliki lesen memandu dan mempunyai pelbagai rekod jenayah, antaranya berkaitan dadah.
Transcript
00:00Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas pemandu secara melulu dan melawan arus sebelum melanggar dua kenderaan lain.
00:09Pemangkua Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata pemandu kereta jenis Volkswagen Passat itu cuba mengelak daripada ditahan
00:17polis di kilometer 242 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara pada awal pagi Sabtu.
00:24Gerakan mengesan dan memburu lelaki tersebut sedang giat dijalankan termasuk bantuan unit anjing pengesan dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
00:33Polis Kontingen Negeri Sembilan.
00:37Jelas azmi kejadian berlaku selepas polis mengarahkan pemandu berusia 30 tahun itu berhenti selepas semakan mendapati cukai jalan dan insurans
00:47kenderaan telah tamat tempoh.
00:48Bagaimanapun, pemandu lelaki itu tidak berhenti dan terus memecut memandu dalam keadaan berbahaya sebelum melawan arus.
00:57Lelaki itu kemudian melanggar sebuah Proton Saga dan Toyota Yaris sebelum meninggalkan kenderaan di tepi Lebuh Raya dan melarikan diri
01:05ke kawasan landang kelapa sawit berhampiran.
01:08Siasatan lanjut dalam kereta tersebut menemukan dompet dipercayai milik pemandu lelaki itu yang berasal daripada Selangor.
01:15Suspek didapati tidak memiliki lesen memandu dan mempunyai pelbagai rekod Jenayah Lampau termasuk berkaitan dadah.
Comments

Recommended