00:00Pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura JSSEZ perlu disusun secara strategik.
00:05Ia bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan serta keyakinan pelabur terus diperkukuh.
00:15Menurut Kementerian Ekonomi, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelaras pelancaran pelan induk JSSEZ pada peringkat pemukiman pemimpin oleh
00:24pemimpin tertinggi Malaysia dan Singapura pada suku keempat tahun ini
00:28mencerminkan strategi kerajaan dalam memastikan komitmen dua hala di peringkat tertinggi.
00:34Jelas Kementerian itu lagi perkara ini sekaligus meningkatkan publisiti dan keyakinan pelabur di peringkat global.
00:41Sementara itu, Menterinya Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata kemajuan JSSEZ perlu dinilai berdasarkan hasil serta impak ekonomi yang nyata,
00:50bukannya bersandakan kepada tarikh pelancaran dokumen semata-mata.
00:53Ujanya, data pelaburan semasa membuktikan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa terhadap pasaran Johor kekal utuh serta konsisten.
01:03Kementerian Ekonomi juga terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor serta agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaan JSSEZ kekal tersusun.
01:13Menurutnya, inisiatif itu juga disasarkan menjadi model kerjasama ekonomi yang berdaya saing, terangkum serta mampan.
01:20Ini sekaligus membuka lebih banyak peluang pelaburan, menjana pendapatan bernilai tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat.
Comments