Skip to playerSkip to main content
Sekali rasa terus tak pandang lauk lain! Sambal Hijau Cumi Asin ni memang power. Kalau suka lauk pedas yang penuh rasa, menu ni memang wajib masuk dalam senarai. Jom cuba!


SAMBAL HIJAU CUMI ASIN

BAHAN-BAHAN:
250gm cumi asin
30 biji cili padi hijau
6 biji cili hijau
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau - potong kecil
3 helai daun limau purut
2 batang serai - titik
1 sudu teh serbuk cendawan
1 sudu teh gula
Garam secukupnya - jika perlu
1 sudu teh jus limau nipis
Minyak goreng secukupnya

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sambalhijaucumiasin #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak Ikin nak masak laut yang sangat simple iaitu sambal hijau cumi asin.
00:05Kalau anda peminat sambal hijau, resepi ni memang wajib cuba.
00:08Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan cili padi hijau ke dalam periuk.
00:13Kemudian rebus selama lebih kurang 5 minit.
00:15Kalau tak nak rebus, anda boleh goreng.
00:16Tujuannya supaya bahan-bahan sambal kita ni lebih mudah dikisar dan rasa sambalnya lebih manis tanpa bau mentah.
00:22Bila dah mendidih macam ni, angkat dan tuskan.
00:24Masukkan ke dalam blender dan kisar kasar sahaja.
00:27Kalau anda nak tumbuk pun boleh, ikut selera masing-masing.
00:30Panaskan minyak dan goreng cumi asin sampai sedikit garing.
00:32Cumi asin ni Kak Ikin dah rendam air panas dulu tau.
00:35Rendam lebih kurang 10 ke 15 minit untuk kurangkan rasa masin.
00:38Kalau tak rendam dulu, sambal korang tu kofok akan jadi terlalu masin.
00:41Tak termakan nanti you all.
00:43Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar tadi.
00:45Bila dah wangi, masukkan serai yang tak diketuk dan juga daun limau purut.
00:49Kacau-kacau seketika dan bila sambal kita tu dah naik bau,
00:52serta sedikit pecah minyak, masukkan tomato hijau yang kita dah potong kecil-kecil.
00:56Tumis lagi menggunakan api sederhana sampai tomato tu jadi layu.
01:00Kemudian masukkan cumi asin yang telah digoreng tadi.
01:02Sedapnya semerbak bau cumi asin ni.
01:05Kacau-kacau sampai cumi tu bersalut rata dengan sambal.
01:07Sambal kita dah hampir siap dah.
01:09Sebelum tutup api, perasakan dengan sedikit garam tu pun kalau perlu.
01:13Gula dan juga serbuk cendawan.
01:14Serbuk cendawan ni pun optional je kalau tak ada boleh skip.
01:17Kau rata sehingga semua bahan bersalut sempurna dengan sambal hijau kita yang sangat sedap ni.
01:22Tuang jus limau nipis.
01:23Kalau nak ganti dengan lemon atau jus limau kastur ni pun boleh.
01:26Kacau sekali lagi supaya semua rasa tu bergabung dengan sempurna.
01:29Dah siap sampai hijau cumi asin kita.
01:31Hidam dengan nasi panas dijamin tambah dua kali.
01:34Sekali dah makan memang susah nak berhenti.
01:36Haa korang jangan lupa cuba.
01:38Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:39Jom intai asin kami didi.
01:40Tak menjual rasa setiap selasa dan kamis.
01:42Ingat makan, ingat rasa.
01:43Jangan lupa tonton.
01:44Terima kasih.
Comments

Recommended