00:00Lebih 2.2 juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
00:04akan menikmati manfaat program baucer Buku Madani 2026
00:08apabila penembusan e-baucer bernilai RM100 dibuka bermula 11 pagi ini
00:13sehingga 31 Oktober 2026.
00:15Antara lain, program dengan peruntukan keseluruhan RM221.6 juta itu
00:21dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.2 juta penerima
00:25merangkumi murid kelas peralihan pelajar tingkatan RM1 hingga 6
00:29Kolej Vokasional, Maju Kelasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM.
00:36Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kawah berkata
00:40penembusan kali ini dilaksanakan sepenuhnya menerusi platform Book Capital
00:45yang kini mempunyai 1,238 syarikat penjual berdaftar.
00:49Antara pembaruan utama tahun ini ialah
00:52pengenalan fokus judul khas Madani
00:55yang mewajibkan setiap penerima membeli sekurang-kurangnya sebuah buku
00:59daripada kategori tersebut.
01:01Kategori berkenaan merangkumi karya kesusastraan dan karya agung
01:05buku sejarah, falsafah, ekonomi, geopolitik, pembangunan modal insan
01:11serta bahan bacaan berkaitan kecerdasan buatan AI, teknologi maklumat,
01:16STEM dan juga pendigitalan.
01:18Langkah itu bertujuan menggalakkan pelajar mendapatkan bahan bacaan
01:22yang bukan sahaja membantu pembelajaran,
01:24malah memperluaskan pengetahuan dalam bidang strategik
01:27serta teknologi masa depan.
01:30KPM berharap inisiatif itu dapat menggalakkan budaya membaca
01:33dalam kalangan pelajar selain memberi peluang kepada mereka
01:36memilih bahan bacaan yang bersesuaian bagi meningkatkan pengetahuan
01:41dan pembelajaran.
01:42Sejak program itu diperkenalkan pada 2024,
01:46baca buku madani banyak membantu pelajar khususnya daripada keluarga
01:50berpendapatan rendah dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Comments