00:00Budi Madani Diesel atau Budi Diesel yang bermula hari ini membolehkan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak membeli diesel bersubsidi
00:07pada harga RM2.10 selita berbanding harga pasaran RM3.97 selita bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026.
00:17Pelaksanaan ini dijangka memanfaatkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara.
00:25Ini merupakan peluasan ketara berbanding Budi Diesel individu sebelum ini yang hanya melibatkan kira-kira 180,000 penerima bantuan tunai
00:34bulanan di semenanjung Malaysia untuk menampung sebahagian kos pembelian diesel pada harga pasaran.
00:41Sejak dibuka 27 Jun lalu, akses awal Budi Diesel bagi pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di semenanjung Malaysia telah
00:50berjalan lancar.
00:51Sistem pengesahan MyCard di stesen minyak beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah serius dilaporkan oleh penerima subsidi atau syarikat minyak.
01:01Sementara itu, pemilik kenderaan diesel jenis pick-up dan jeep yang layak juga boleh memohon tambahan 100 liter sebulan melalui
01:09portal rasmi Budi Madani.
01:11Kenyataan Kementerian Kewangan MOF memaklumkan sehingga 9 pagi 30 Jun, lebih 22,000 permohonan telah diterima melalui portal rasmi Budi
01:22Madani bagi tambahan 100 liter sebulan itu.
01:25Dalam pada itu, MOF turut menyediakan mekanisme pemindahan kelayakan Budi Diesel bagi kenderaan yang digunakan oleh ahli keluarga terdekat berbeza
01:34daripada pemilik berdaftar.
01:36Melalui mekanisme ini, penerima asal Budi Diesel boleh memindahkan fungsi membeli diesel bersubsidi kepada seorang ahli keluarga terdekat iaitu pasangan,
01:46ibu atau bapa, anak atau adik-beradik tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang ditetapkan.
01:53Hampir seribu permohonan pemindahan kelayakan Budi Diesel telah diterima melalui MOF sehingga selasa.
Comments