Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di ATM dan SRM dimansuhkan bermula 1 Julai. Inisiatif ini membolehkan akses percuma tanpa had di lebih 14,000 mesin seluruh negara.
Transcript
00:00Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teleautomatik atau ATM atau mesin kita semula
00:09pintar SRM tanpa dikenakan caj RM1 mulai hari ini.
00:14Ia selaras dengan pengumuman itu dibuat sebelum ini oleh persatuan-persatuan bank di Malaysia ABM, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan
00:22Islam Malaysia AIBIM dan Persatuan Institusi Keuangan Perbangunan Malaysia ADFIM.
00:31Antara lain inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara
00:40tanpa mengira bank pengeluar kad mereka dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.
00:45Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini memaklumkan pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di
00:55mesin ATM dan SRM bermula 1 Julai itu dijangka dapat meringankan beban kewangan rakyat.
01:02Katanya inisiatif itu merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Keuangan dan Institusi Perbankan Tempatan sesulan kekangan jaringan mesin ATM di beberapa
01:11kawasan khususnya di luar bandar dan pedalaman.
01:15Caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin ATM telah lama dikenakan untuk transaksi pengeluaran di ATM bank lain
01:24melalui rangkaian Maps.
01:25Pada 18 Mac 2020 ia dikecualikan sementara oleh industri perbankan semasa tempoh awal pandemik COVID-19 bagi memudahkan orang ramai
01:36mengakses uang tunai.
01:38Caj RM1 dilaksanakan semula pada 1 Februari 2022 selepas pengecualian semasa pandemik ditamatkan.
Comments

Recommended