00:02Cara betul siang udang galah supaya benar-benar bersih
00:06Jika beli udang galah, ada caranya untuk pastikan udang galah yang disiang dengan cara betul supaya bebas kotoran dan benar
00:13-benar bersih sebelum dimasak mengikut resepi pilihan.
00:16Malah, cara siang yang betul dapat mempengaruhi kesedapan dan rasa masakan itu nanti.
00:21Ikut cara ini.
00:22Mula-mula, bersihkan bahagian kepala udang galah.
00:25Gunting bahagian hujung tanduk dan mata udang yang tajam.
00:28Kemudian, gunting semua bahagian kaki, misai dan sepit yang panjang untuk memudahkan cerjaman bersih.
00:35Selepas itu, bahagian yang paling penting dan ramai yang terlepas pandang untuk buang bahagian ini ialah di bahagian dalam mulut
00:42udang.
00:43Terdapat dua biji gigi iaitu di bahagian kiri dan kanan.
00:47Gunting atau cungkel keluar gigi tersebut.
00:50Kemudian, keluarkan kantong najis udang galah di bahagian atas kepala berhampiran gigi.
00:55Terdapat satu kantong hitam atau kelabu yang mengandungi sisa makanan dan najis udang.
01:01Gorek dan tarik keluar kantong tersebut menggunakan pisau atau gunting.
01:05Selesai bahagian kepala, bersihkan bahagian ekor dan badan udang pula.
01:10Potong sedikit bahagian ujung ekor ataupun bahagian tengah.
01:13Tarik tali urat hitam yang bersambung dari ekor tersebut sehingga keluar sepenuhnya.
01:19Boleh juga belah sedikit bahagian belakang badan udang dan buang urat hitam yang terdapat di sepanjang isi belakang udang.
01:26Ia bagi mengelakkan rasa pahit semasa dimakan.
01:29Dan akhir sekali, basuh udang galah yang telah disiang dengan air bersih beberapa kali sehingga hilang lendir dan sisa tuan
01:36-tuan.
01:37Udang kini sedia untuk dimasak mengikut resepi pilihan anda.
01:41Selamat mencuba!
01:42Ingat makan, ingat rasa!
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments