00:00Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestine mengumumkan permulaan Tahun Ekademik Baharu di Semenanjung, Gaza.
00:09Tahun Ekademik Baharu bermula dalam keadaan luar biasa.
00:12Berikutan gangguan selama 3 tahun disebabkan oleh pencerobohan Israel ke atas Gaza.
00:21Dalam satu kenyataan, Kementerian itu memaklumkan bahawa Tahun Ekademik Baharu di Semenanjung itu bermula berikutan penilaian menyeluruh terhadap sistem pendidikan
00:31dan penyempurnaan pengaturan yang diperlukan.
00:35Kelewatan permulaan Tahun Ekademik adalah disebabkan faktor teknikal dan logistik serta kebimbangan terhadap suhu tinggi.
00:43Ini kerana sebahagian besar pelajar akan menerima pendidikan mereka dalam kemah dan karavan.
00:50Kementerian menyatakan bahawa pembelajaran akan berlaku menerusi dua kaedah utama iaitu pembelajaran secara bersemuka dan maya untuk memastikan kesinambungan pendidikan.
01:02Ia menjelaskan pendidikan secara bersemuka kekal sebagai kaedah utama, menyasarkan pelajar yang kini berada di Semenanjung yang boleh bersekolah.
01:11Kementerian itu menambah pembelajaran secara dalam talian khusus kepada pelajar di Semenanjung Gaza yang tidak dapat menghadiri kelas secara bersemuka
01:21serta mereka di luar wilayah.
01:23Kira-kira 541,000 pelajar di Gaza dijangka menyertai Tahun Ekademik Baru termasuk kira-kira 100,000 yang mendaftar di
01:33sekolah yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestine di Asia Barat.
01:41Terima kasih.
01:42Terima kasih.
Comments