Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir takziah kepada rakyat Venezuela susulan gempa bumi yang meragut puluhan nyawa dan mencederakan ratusan mangsa.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Venezuela susulan gempa bumi kuat yang melanda bahagian utara
00:08negara itu.
00:09Beliau turut berharap bantuan antarabangsa dapat segera disalurkan selain menyatakan keyakinan terhadap usaha pasukan penyelamat yang sedang bertungkus lumus membantu
00:19mangsa.
00:20Menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis, Datuk Seri Anwar berkata ingatan dan doanya bersama keluarga yang kehilangan insan tersayang serta
00:29mereka yang masih menantikan kabar ahli keluarga yang terperangkap di bawah runtuhan.
00:35Beliau turut menifatkan tragedi itu sebagai antara gempa bumi paling kuat Belanda Venezuela dalam tempoh lebih satu abad.
00:42Media melaporkan sekurang-kurangnya 32 penduduk maut manakala lebih 700 lagi cedera selepas dua gempa bumi kuat berlaku selang kurang
00:52semenit berhampiran bandar Moron di negeri Karabobo.
00:57Kejadian itu turut menyebabkan keruntuhan bangunan dan kerusakan infrastruktur di Caracas yang terletak kira-kira 160 km dari lokasi pusat
01:06gempa.
01:06Presiden Interim Venezuela, Delcy Rodriguez berkata angka korban dicangka meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di kawasan terjejas
01:17khususnya di La Guaira yang diisytiharkan sebagai zon bencana.
Comments

Recommended