Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kos pelaksanaan MyKad generasi baharu dianggarkan sekitar RM120 juta setahun, berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak tiga juta keping kad setahun.
Transcript
00:00Kos pelaksanaan MyCard generasi baru dianggarkan sekitar RM120 juta setahun berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak 3 juta keping kad setahun.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, dengan kadar bayaran ditetapkan RM40 bagi setiap kad, jumlah sebenar perbelanjaan
00:20bergantung kepada bilangan kad yang dikeluarkan pada sesuatu tahun.
00:26Menurut Saifuddin, dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, pelaksanaan MyCard generasi baru dibuat melalui kontrak pembekalan secara paper
00:35issue, iaitu kerajaan hanya membuat bayaran bagi setiap kad yang berjaya dikeluarkan kepada pemohon.
00:41Beliau menjawab pertanyaan ahli Parlimen Jelebuh, Jalaluddin alias yang meminta kerajaan menyatakan berapakah kos keseluruhan pelaksanaan MyCard generasi baru dan
00:51adakah kerajaan bercadang mewajibkan penggantian MyCard sedia ada secara berperingkat termasuk implikasi kos kepada rakyat.
00:58Saifuddin berkata, berhubung cadangan mewajibkan penggantian MyCard sedia ada, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan penggantian secara menyeluruh atau tergesa-gesa
01:09kerana MyCard yang sedang digunakan rakyat masih sah dan boleh terus digunakan.
01:14Sebaliknya, beliau berkata pengeluaran MyCard generasi baru akan dilaksanakan secara berperingkat dan juga terhad kepada kategori permohonan tertentu.
01:23Ini termasuk permohonan kali pertama bagi warga negara yang mencapai umur 12 tahun dan permohonan penggantian bagi pemegang kad pengenalan
01:31plastik KPP, kad pengenalan bermutu tinggi KPT serta MyCard versi 1 yang tidak mempunyai ciri keselamatan ghost image.
Comments

Recommended